benderang II

= terang-~ sangat terang;
bulan ~ bulan terang;

membenderangi menerangi:
tugasmu yang sebenar ialah ~ alam buana ini.

benderung

lorong di antara dua buah gedung;
balairung ~ seribu balairung yang mempunyai seribu lorong.

bendi I

= kacang ~ = sayur ~ sejenis tumbuhan (herba dan buahnya), kacang lendir, Hibiscus esculentus.

bendi II

sejenis kereta kuda yang beroda dua:
~ telah menanti di halaman, aku berangkat lagi;

berbendi, membendi [arkaik] naik bendi.

bendul

1. balak yang dipasang (memanjang) pada tiang rumah;
lurus macam ~ ki sangat jujur;

2. = ~ pintu balak yang melintang di bawah pintu:
ia melangkah ~ masuk ke dalam bilik tidur;
~ jendela
rangka jendela;

3. = balai ~ sejenis balai tempat raja bermesyuarat:
adapun sekarang Raja Muda ini hendak duduk di ~ kita, sementara mamak Bendahara dan Temenggung memperbuat istana;
Pak Si B~
Pak Pandir.

bendung

= bendungan permatang untuk menahan air (supaya dapat disalurkan ke arah lain), empang;

membendung
1. menghalang arus air, mengempang:
sungai itu dibendung supaya dapat menghasilkan tenaga elektrik;

2. [kiasan] menghalangi, menahan, merintangi:
Amerika Syarikat membantu Vietnam Selatan kerana hendak ~ kegiatan komunis;
undang-undang sekarang belum lagi berjaya ~ perbuatan jenayah;

terbendung terempang, terhalang, tertahan;

pembendungan perihal (usaha dan sebagainya) membendung, pengempangan;

pembendung
1. orang yang membendung;

2. alat untuk membendung, pengempang.