bendung

= bendungan permatang untuk menahan air (supaya dapat disalurkan ke arah lain), empang;

membendung
1. menghalang arus air, mengempang:
sungai itu dibendung supaya dapat menghasilkan tenaga elektrik;

2. [kiasan] menghalangi, menahan, merintangi:
Amerika Syarikat membantu Vietnam Selatan kerana hendak ~ kegiatan komunis;
undang-undang sekarang belum lagi berjaya ~ perbuatan jenayah;

terbendung terempang, terhalang, tertahan;

pembendungan perihal (usaha dan sebagainya) membendung, pengempangan;

pembendung
1. orang yang membendung;

2. alat untuk membendung, pengempang.

berkongsi