bengis I

1. tidak berbelas kasihan, kejam, zalim:
pembunuhan yang ~;

2. pedas, tajam:
kata-kata yang~;

membengis bangkit bengis, berlaku bengis:
diam… suara Majid ~;

membengisi memperlakukan dengan bengis (kejam):
kalau tidak dibengisi masih berlarut-larutan anak-anak itu mengganggu kita;

kebengisan perihal bengis, kekejaman, kezaliman:
~ tentera musuh itu membangkitkan kemarahan rakyat;

pembengis
1. orang yang bengis;

2. bersifat bengis:
dia menjadi manusia yang agresif dan ~.

bengis II

marah, gusar;

membengis jadi marah, bangkit marah;

membengisi memarahi;

pembengis pemarah:
dia ~ orangnya.

bengkak

1. benjol pada tubuh (kerana penyakit dan lain-lain), bincul:
~ tangannya sudah mulai berkurang;

2. menjadi benjol (bincul):
mukanya kembang dan ~;
~-bengkil
bengkak-bengkak, benggal-benggil;
~ hati sebal hati;
~ gedobong [Kelantan] bengkak yang besar dan berbahaya;
lain ~, lain bernanah (peribahasa) orang lain yang bersalah orang lain yang menanggung akibatnya;

membengkak menjadi bengkak:
tanda-tanda penyakit ini ialah rasa mual, sakit punggung, sesak nafas dan kaki ~;

membengkakkan menyebabkan (menjadikan) bengkak;

pembengkakan perihal (proses dan sebagainya) membengkak:
penggunaan air ini dapat membantu mengurangkan ~;
~ leher ini akan berlaku secara berperingkat-peringkat.

bengkalai

= terbengkalai
1. terabai, terlantar, tersia-sia:
banyak pekerjaannya yang terbengkalai;

2. [arkaik] terdiam, senyap:
duduk terbengkalai;

membengkalaikan mengabaikan, mensia-siakan.