sangat kenyang.
bengkel
1. tempat membaiki kereta dan lain-lain:
syarikat kerjasama kenderaan Melayu Melaka juga sudah mempunyai ~-~ tempat membaiki kereta;
2. kilang kecil (tempat tukang-tukang bekerja);
3. mesyuarat (perbincangan dan sebagainya) secara berkelompok untuk mengkaji sesuatu atau bertukar-tukar pendapat (idea dan sebagainya) tentang sesuatu:
~ penulisan cerita kanak-kanak;
berbengkel mengadakan, menghadiri atau menyertai bengkel (perbincangan berkelompok):
mereka sering ~, berseminar dan sebagainya untuk menyiapkan projek penulisan itu;
membengkelkan membincangkan sesuatu dalam perbincangan berkelompok;
perbengkelan urusan atau aktiviti berbengkel.
bengkeng
bengis, garang, pemarah:
guru baru itu ~ orangnya;
membengkengi memarahi, mencela;
anak sendiri disayangi, anak tiri dibengkengi (peribahasa) tidak adil (menguntungkan orang yang disayangi);
kebengkengan perihal (sifat) bengkeng, kebengisan, kegarangan.
bengkil I
bengkak-~;
bengkak.
bengkil II
[arkaik];
terbengkil-bengkil berpayah-payah (mengerjakan sesuatu), bersusah payah:
ia berkayuh mudik menongkah air surut itu dengan ~.
bengkok I
[Jawa] tanah yang diberikan kepada ketua kampung dan lain-lain sebagai gaji.
bengkok II
1. berkelok, lengkung, tidak lurus:
jalan yang ~;
2. [kiasan] tidak jujur, curang:
orang yang berakal ~ akhirnya tidak selamat juga;
membengkok menjadi bengkok, berbelok, berkelok:
ia memutar-mutarkan misai lebatnya yang ~ ke atas seperti tanduk kerbau;
membengkokkan menjadikan bengkok, mengelokkan, membelokkan:
jalan yang mudah untuk mengikir permukaan yang lebar ialah dengan cara ~ puting kikir;
pembengkokan perihal atau perbuatan membengkokkan:
~ besi;
pembengkok alat untuk membengkokkan sesuatu;
= bengkang II.
bengkol
[Jakarta] bengkok;
= pengkol.
bengkong I
bengkang I.
bengkong II
[Jawa] tukang sunat (khatan).