bengkel

1. tempat membaiki kereta dan lain-lain:
syarikat kerjasama kenderaan Melayu Melaka juga sudah mempunyai ~-~ tempat membaiki kereta;

2. kilang kecil (tempat tukang-tukang bekerja);

3. mesyuarat (perbincangan dan sebagainya) secara berkelompok untuk mengkaji sesuatu atau bertukar-tukar pendapat (idea dan sebagainya) tentang sesuatu:
~ penulisan cerita kanak-kanak;

berbengkel mengadakan, menghadiri atau menyertai bengkel (perbincangan berkelompok):
mereka sering ~, berseminar dan sebagainya untuk menyiapkan projek penulisan itu;

membengkelkan membincangkan sesuatu dalam perbincangan berkelompok;

perbengkelan urusan atau aktiviti berbengkel.

berkongsi