awalan asing berkaitan dengan faktor sosial (kemasyarakatan), misalnya sosioekonomi dan sosiopolitik.
sosiobiologi
kajian tentang aspek tingkah laku sosial manusia atau haiwan dari segi biologi.
sosiobudaya
hubungan masyarakat dengan budaya (seperti cara hidup, adat istiadat, dan lain-lain):
Malaysia mengalami perkembangan pesat dalam ~, ekonomi, dan sebagainya.
sosiodrama
drama yang memaparkan pelbagai masalah sosial dan politik yang berlaku dalam masyarakat.
sosioekonomi
berkaitan dengan, melibatkan unsur-unsur atau faktor-faktor kemasyarakatan dan ekonomi:
kajian-kajian ~.
sosiolek
(Linguistik) dialek sosial.
sosiolinguistik
kajian bahasa dalam hubungannya dengan struktur dan sikap masyarakat.
sosiologi
kajian tentang perkembangan, organisasi, kehidupan, dan sebagainya masyarakat manusia.
sosiologis
[Indonesia-Belanda] mengenai sosiologi.
sosiometri
kaedah penelitian yang umumnya bertujuan untuk meneliti hubungan sosial dan psikologi antara individu di dalam sesuatu kelompok.