baju ~ sejenis potongan baju lelaki.
sorogan
[Jawa];
durian ~ buah durian yang dijolok (bukan yang gugur kerana masak).
sorok I
menyorok
1. masuk ke dalam sesuatu dengan merangkak (membongkok), menyusup atau menyeluduk dengan membongkok;
2. [kiasan] menyembunyikan diri, bersembunyi;
~ di balik lumbung (peribahasa) menyembunyikan sesuatu hal yang mudah atau sudah diketahui orang;
~ hilang-hilang, memakan habis-habis (peribahasa) jika mengerjakan sesuatu pekerjaan rahsia hendaklah pandai-pandai benar menyimpannya;
sementara ~, ekor habis (peribahasa) perihal seseorang yang malang nasibnya;
menyoroki menyusup (menyeluduk) ke, menyorok ke;
menyorokkan
1. memasukkan ke bawah (ke dalam, ke belakang) sesuatu, menyusupkan (menyeludukkan):
ia masih lagi ~ mukanya di bawah bantal;
2. [kiasan] menyimpan (menutup dan lain-lain) supaya tidak kelihatan, menyembunyikan:
tak usahlah engkau ~ perkara yang seharusnya ibu tahu itu;
tersorok
1. tersembunyi:
buku itu kuletakkan di atas rak kopiah ~ ke sebelah dalam;
2. [kiasan] jauh dari yang lain, terpencil:
tentera Jepun dan Siam selalu sahaja sampai ke kampung yang ~ seperti Kampung Sulung itu;
sorokan
1. sesuatu yang disembunyikan atau disorokkan;
2. tempat bersembunyi (menyembunyikan), persembunyian;
sorok-sorokan, bersorok-sorokan bermain sembunyi, bermain cari-carian.
sorok II
[arkaik];
pintu ~ pintu sorong.
sorok III
menyorok [Kedah] bersarapan.
sorong
1. = sorongan gerakan (bergeser) ke hadapan;
kotak ~ (sorong-sorong, sorongan) laci meja;
2. tolak (ke hadapan), dorong:
maka disuruh baginda ~, tiada tersorong; ~ dayung menolak air dengan dayung, melais;
air ~ buih air pasang turun;
angin ~ buritan angin yang bertiup dari belakang perahu;
kereta ~ kereta yang beroda dan ditolak dari belakang;
3. rasuah, sogok;
kena ~ menerima rasuah;
tahan jerat ~ kepala (peribahasa) hendak mencelakakan orang, tetapi diri sendiri yang mendapat celaka;
menyorong, menyorongkan
1. menolak (menolakkan) ke hadapan, mendorong:
terdengar kerusi disorong tarik;
maka disuruh baginda ~, tiada tersorong;
~ dayung menolak air dengan dayung, melais;
2. memberikan, mengunjukkan, menghulurkan:
Wan Derus mengajak gurunya duduk sambil ~ tepak sirih;
~ tangan menghulurkan;
3. memberi rasuah, menyogok:
segala saudagar itu ~ , ada yang seratus, ada yang dua ratus;
4. mengajak, mempelawa, menganjurkan:
~ damai;
5. memberikan dengan paksa, memaksa-maksakan, menyodorkan;
6. [bahasa kasar] menyetubuhi;
7. mulai (pasang atau surut):
air telah mulai ~ pasang;
tersorong
1. dapat disorong, terdorong, tertolak:
maka disuruh baginda sorong, empat lima puluh orang tiada ~;
2. [Minangkabau] terlanjur atau terlepas (kata dan lain-lain);
bajak sudah ~ ke bencah (peribahasa) sudah tidak dapat ditarik kembali;
tersorong-sorong tersua-sua, terdorong-dorong, tersodor-sodor (diri dan lain-lain);
hidung tak mancung pipi ~ (peribahasa)
a) suka ikut campur dalam urusan orang lain;
b) suka menonjol-nonjolkan diri;
sorongan
1. dorongan, tolakan:
di satu selekoh, ia terpaksa melambatkan ~ basikalnya;
2. yang disorong (disorongkan);
3. pemberian, hadiah:
pengemis itu menyambut ~ itu dengan penuh syukur.
sorot
cahaya, seri, sinar:
sebentar-sebentar cincinnya berkilat-kilat kena ~ matahari;
gambar ~ [Indonesia]
a) gambar hidup;
b) projektor (gambar sisip dan lain-lain);
menyorot
1. memancar (cahaya, sinar), bercahaya, bersinar:
nyala lampu minyak ~ keluar;
matahari masih condong ~ dari belakang daun-daun kelapa yang mengilap-ngilap hijau;
2. = menyoroti memancarkan cahaya pada, menerangi (dengan cahaya), menyuluhi:
biliknya hanya disoroti dengan lampu minyak yang samar-samar;
3. = menyoroti memandang dengan tajam:
dia ~ muka anak muda itu;
4. [kiasan] menghuraikan atau membicarakan (peristiwa, pendapat, dan lain-lain) dengan teliti:
beliau telah ~ kembali sejarah kemasukan Islam ke tanah air kita ini;
akan tetapi ada bahagiannya Kassim Ahmad ~ aspek isi dan bentuk karya-karya tertentu;
sorotan
1. pancaran cahaya, sinaran:
~ lampu kereta menyilaukan mata mereka;
2. [kiasan] huraian (sesuatu perkara), pembicaraan:
ia cuba membuat analisa atau ~ cerpen itu;
penyorotan perihal (perbuatan) menyorot:
ini disebabkan Zaid menyorot secara kritikal terhadap protagonisnya seperti mana yang lazim kita dapati dari ~ hikayat-hikayat lama terhadap tokoh utamanya;
penyorot lampu ~
a) lampu picit;
b) lampu cari.
sorti
penerbangan yang dilakukan oleh pesawat udara tentera untuk misi tertentu.
sortir
[Indonesia-Belanda];
tukang ~ orang yang memilih;
menyortir memilih, mengasing-asingkan (dalam kelompok, jenis, dan lain-lain).
soru
[bahasa percakapan] makan.