menyorok
1. masuk ke dalam sesuatu dengan merangkak (membongkok), menyusup atau menyeluduk dengan membongkok;
2. [kiasan] menyembunyikan diri, bersembunyi;
~ di balik lumbung (peribahasa) menyembunyikan sesuatu hal yang mudah atau sudah diketahui orang;
~ hilang-hilang, memakan habis-habis (peribahasa) jika mengerjakan sesuatu pekerjaan rahsia hendaklah pandai-pandai benar menyimpannya;
sementara ~, ekor habis (peribahasa) perihal seseorang yang malang nasibnya;
menyoroki menyusup (menyeluduk) ke, menyorok ke;
menyorokkan
1. memasukkan ke bawah (ke dalam, ke belakang) sesuatu, menyusupkan (menyeludukkan):
ia masih lagi ~ mukanya di bawah bantal;
2. [kiasan] menyimpan (menutup dan lain-lain) supaya tidak kelihatan, menyembunyikan:
tak usahlah engkau ~ perkara yang seharusnya ibu tahu itu;
tersorok
1. tersembunyi:
buku itu kuletakkan di atas rak kopiah ~ ke sebelah dalam;
2. [kiasan] jauh dari yang lain, terpencil:
tentera Jepun dan Siam selalu sahaja sampai ke kampung yang ~ seperti Kampung Sulung itu;
sorokan
1. sesuatu yang disembunyikan atau disorokkan;
2. tempat bersembunyi (menyembunyikan), persembunyian;
sorok-sorokan, bersorok-sorokan bermain sembunyi, bermain cari-carian.