bahan (cair atau pekat) untuk menyedapkan makanan:
~ tomato.
SOS II
[kependekan] save our souls, iaitu isyarat kecemasan yang dihantar dari kapal, kapal terbang dan sebagainya yang sedang menghadapi bahaya melalui radio dan sebagainya untuk meminta pertolongan segera:
kapal itu sempat menghantar ~ kepada pusat kawalan pantai sebelum tenggelam.
soseh-soseh
[bahasa percakapan] bunyi percakapan yang tidak jelas kedengaran (bisikan dan lain-lain).
sosej
sejenis makanan daripada daging kisar yang diisi dalam usus atau sarung tiruan.
sosial
1. segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan:
kedudukan ekonomi dan ~nya pada masa ini belum begitu kuat;
2. berkaitan dengan persahabatan, pergaulan, dan aktiviti masa lapang:
kelab ~;
aktiviti ~;
3. suka bergaul dan bermesra:
gadis yang ~;
4. berkenaan hal-hal kemasyarakatan:
pemimpin yang ~;
perjumpaan ~ keramaian;
~ demokrasi faham atau ajaran yang bertujuan membangunkan masyarakat secara damai untuk mencapai masyarakat sosialis;
~ demokrat penganut atau penganjur faham sosial demokrasi;
bersosial bercampur gaul (biasanya dimaksudkan antara lelaki dengan perempuan):
pemuda pemudi yang pandai ~ dan menyesuaikan diri dengan kehendak-kehendak zaman;
kesosialan perihal sosial:
kerana perasaan ~nya, beliau selalu disukai orang dalam pergaulan.
sosialis
1. orang yang menyokong sosialisme;
2. berkaitan dengan sosialisme.
sosialisasi
1. [Indonesia-Belanda] usaha untuk memindahkan hak milik seseorang menjadi milik negara (umum);
2. perihal (perbuatan) bergaul dan bermesra (antara satu sama lain), pergaulan:
Tunstall telah menekankan pentingnya kajian media massa dalam konteks kehidupan dan proses ~ sesuatu masyarakat;
~ yang dialami para siswa berjalan tanpa sekatan, apalagi mereka jauh dari perhatian ibu bapa;
3. proses mendidik seseorang untuk menyesuaikan diri dengan suasana (sikap, nilai dan sebagainya) yang dapat diterima dalam masyarakat:
anak-anak hari ini mudah terdedah kepada pelbagai agen ~ bukan sahaja daripada ibu bapa;
~ manusia berlaku melalui pendidikan formal dan tidak formal sejak kecil hingga sepanjang hayat;
bersosialisasi melakukan sosialisasi:
antara tujuan menghantar anak ke tadika adalah untuk mengajarnya ~;
mensosialisasikan
1. [Indonesia-Belanda] menjadikan milik negara, memiliknegarakan;
2. mendidik seseorang untuk menyesuaikan diri dengan suasana (sikap, nilai dan sebagainya) yang dapat diterima dalam masyarakat:
komunikasi memainkan peranan yang penting dalam ~ ahli-ahli masyarakat;
terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi cara ibu bapa ~ anak-anak mereka.
sosialisme
teori atau sistem organisasi sosial yang menganjurkan supaya sumber-sumber kekayaan seperti pengeluaran, tanah, modal, dan sebagainya dijadikan milik negara untuk dinikmati oleh setiap rakyat dengan sama rata.
sosialit
orang yang terkenal dalam golongan orang ternama atau masyarakat golongan atasan.
sosiawan
[Indonesia] orang yang bekerja untuk kepentingan masyarakat.