soang.
sowek
sobek I.
soya
kacang ~ sejenis tumbuhan (herba yang buahnya boleh dimakan), Glycine soja.
soyak
koyak, cabik, sobek;
menyoyak, menyoyak-nyoyak mengoyak, menyobek, mencabik-cabik:
disoyaknya kain songkok itu sebelah dalam.
soyok
ruang tambahan yang berbumbung, bertiang, ada kalanya berdinding, biasanya tidak berlantai, dan bersambung dengan rumah ibu, sama ada di depan, di rusuk atau di belakang.
SP
[kependekan] Seri Paduka.
spa I
1. tempat atau kolam mata air mineral yang mengandungi khasiat ubat-ubatan yang baik untuk kesihatan:
konsep penjagaan kesihatan dan ~ semakin popular dan membudaya di kalangan golongan korporat;
2. tempat yang menawarkan rawatan kesihatan dan kecantikan dengan cara mandi wap, khidmat urut dan sebagainya;
3. jakuzi.
SPA II
[kependekan] Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
spageti
sejenis makanan seperti mi yang berasal dari Itali.
span
1. sejenis binatang laut yang tubuh badannya berliang-liang (ringan dan mudah menyerap air);
2. benda yang berliang-liang halus (daripada getah dan lain-lain) yang boleh menyerap air atau benda cair dan digunakan untuk mencuci dan sebagainya.