si III

1. kata yang bergabung dengan imbuhan ber- untuk menyatakan diri membuat sesuatu;
bersibisu berbuat seperti orang bisu (berbuat-buat bisu);
bersitidak tahu berpura-pura tidak tahu;

2. kata yang bergabung dengan imbuhan ber- dan -an untuk menyatakan saling berbuat sesuatu;
bersipandangan berpandang-pandangan.

si IV

[Jakarta], [bahasa percakapan]

1. agaknya, gerangan:
siapa ~ yang bertanya ke mari tadi?

2. memang, benar, sungguh;

= sih.

SI VI

[kependekan] Systme International (dUnits) (Sistem Unit Antarabangsa, iaitu set unit ukuran, misalnya meter, kilogram dan liter, untuk kegunaan saintifik dan teknikal di seluruh dunia).

sia-sia

1. tidak berguna, tidak bermanfaat, tidak mendapat apa-apa hasil, percuma, sesia:
membuang wang dengan ~;
~ berbuat baik kepada orang yang tidak berbudi;
dia tidak membuang masanya dengan ~;

2. kurang berhati-hati (ketika melakukan sesuatu), dengan sembarangan sahaja:
menuduh orang dengan ~ sahaja;
~ hutang tumbuh
(peribahasa) jika terlalu berani membuat sesuatu, akhirnya hutang akan bertimbun;
~ negeri alah (peribahasa) pekerjaan yang dilakukan dengan kurang hati-hati itu akan mendatangkan bahaya dan kerugian;

bersia-sia tidak berguna, percuma;

mensia-siakan
1. menjadikan (menganggap) sia-sia, tidak mahu mempergunakan, menganggap enteng, membuang-buang (wang, tenaga, dan lain-lain) dengan percuma:
sayang hari mudamu kausia-siakan dengan menunggu orang yang telah meninggalkan engkau;
mereka sanggup ~ umur kerana mencari-cari guru atau imam yang maksum;

2. tidak mengendahkan atau mempedulikan (janji, kewajiban, dan lain-lain), mengecewakan (harapan dan lain-lain), mengabaikan:
aku tidak akan ~ kau apabila kau jadi isteriku;
~ hidup
merosakkan hidup;
~ nyawa
a) membuang nyawa dengan sia-sia;
b) merosakkan hidup;
~ umur menjadi tua dengan tidak menghasilkan apa-apa;

tersia-sia tidak berguna:
kerana tidak mendapat pelajaran dan latihan yang sempurna, banyak anak muda kita yang ~ hidup mereka;

kesia-siaan hal yang sia-sia:
sudah ngeri hamba mengira-ngirakan ~ hamba.

siaga

[Jawa] = siap ~ siap sedia;

kesiagaan keadaan siap sedia:
~ orang Melayu untuk menarik kerisnya dalam membela diri.

siah I

~ layah tergoyang-goyang (daun lalang ditiup angin dan lain-lain), terhuyung-hayang (orang mabuk berjalan dan lain-lain).

siah II

~ palis sejenis mantera untuk menjauhkan (menolak) bahaya;

bersiah
1. berganjak ke tepi (untuk mengelakkan sesuatu), menepi (untuk memberi jalan dan lain-lain):
waktu berpapasan jalan denganku, dia akan ~ seolah-olah takut terkena najis;

2. [arkaik] berlari dengan tidak tentu arah, berlari tunggang-langgang;

menyiah, menyiahkan
1. mengganjakkan ke tepi, mengetepikan;

2. menguakkan (menolakkan) ke tepi:
~ rambut;

3. [kiasan] mengelakkan bahaya dan lain-lain:
apabila hari hendak hujan, disiahkan pula hujan itu ke tempat lain dengan isyarat dan ilmu.

siak

1. orang yang hidup miskin (biasanya tinggal di masjid dan mendapat rezeki daripada sedekah orang);

2. orang yang kerjanya menjaga masjid, pengawal masjid:
lepas gendang maghrib ditabuh ~, dia cabut pulang;
gentar ~
(peribahasa) sifat orang siak jika terkejut lalu gaduh (gempar atau kecoh).