siamang I

sejenis beruk yang besar (bertangan panjang dan tidak berekor), Hylobates syndactylus; bagai ~ kurang kayu (peribahasa) bersusah hati kerana ketiadaan keperluan sehari-hari.

siang I

1. = ~ hari waktu dari matahari terbit hingga matahari terbenam, waktu matahari masih bersinar, lawan malam:
mereka berjanji akan berjumpa pada waktu ~;
buta ~
kurang pelihatan pada waktu siang;
maharaja ~ matahari;

2. = siang-siang lebih awal (daripada yang sepatutnya), tidak terlambat, cepat atau lekas:
wah, ~nya dapat kad jemputan!;
kedai telah ditutup ~-~ lagi;
~ malam
siang dan malam;
~ berpanas malam berembun = malam berselimut embun, ~ bertudung awan (peribahasa) perihal orang yang melarat dan miskin, tidak mempunyai rumah tangga;
murai berkicau hari ~ (peribahasa) sesuatu yang sudah terang dan nyata;
takkan sebab ayam seekor mengetahui hari ~ (peribahasa) sesuatu pekerjaan yang dikerjakan oleh orang banyak itu tidak akan terganggu kalau hanya seorang sahaja yang tidak suka;

kesiangan terlewat (bangun daripada tidur dan lain-lain) hingga siang:
mereka semuanya ~ pagi itu kerana terlalu nyenyak tidur;
seperti bulan ~ hari
(peribahasa) muka yang pucat benar.

siang II

terang (halaman, kawasan, dan lain-lain), bersih;

menyiang
1. = menyiangi mencabut rumput (semak dan lain-lain) supaya bersih:
Hari Raya Pak Mat lumayan dengan duit, tanah perkuburan dia yang menyianginya;
musim yang ketiga belum memberi apa-apa hasil lagi, padi masih disiangi;

2. = mempersiang membersihkan ikan (daging dan lain-lain) sebelum dimasak:
aku telah disuruh oleh mereka ~ dua ekor ikan cencaru;

menyiangkan menyiang (ikan, ayam dan sebagainya) untuk:
selain membasuh pakaian dan mengemas rumah, dia juga sempat ~ ibunya ikan pada pagi itu.

sianggit

sejenis tumbuhan (rumpai), ara batu, daun misai kucing, rumput jalang (pereh jarang, sekeduk, tahi ayam) selasih dandi, senorang kambing, tahi asu (anjing), Ageratum conyzoides.

sianogen

(Kimia) gas yang tidak berwarna, berbau sengit, sangat beracun dan larut dalam air, alkohol dan eter, digunakan dalam sintesis bahan organik yang lain dan juga sebagai bahan pewasap.