~ basyal = ~ jantan sejenis tumbuhan (herba), benjuang, lenjuang benar, meroyan bakai (bungkus), senjuang, setagit, Dianella ensifolia;
~ rimba sejenis tumbuhan (rumpai), Mapanis humilis.
siakap
1. = ~ putih sejenis ikan laut, kakap (putih), Lates calcarifer;
2. = ~ merah sejenis ikan laut, jenahak, kakap (merah), sendarat, ungar, Lutjanus argentimaculatus.
sial I
1. tidak beruntung (selalu gagal dalam mendapat sesuatu dan lain-lain), tidak bernasib baik (selalu ditimpa kemalangan, selalu susah, dan lain-lain), celaka, malang:
kami juga mengisahkan tentang tuah ~ masa hadapan anak-anak kami;
~ benar nasib mereka;
~ dangkalan sial benar;
2. (yang) mendatangkan kecelakaan (kemalangan dan lain-lain), (yang) tidak mendatangkan keuntungan (kebahagiaan dan lain-lain):
menurut kepercayaan Inggeris, nombor 13 ialah suatu angka yang ~;
besok mari ikut aku, kita tinggalkan tempat ~ ini;
3. jahanam, si celaka (kata makian):
jangan sebut-sebut lagi nama perempuan ~ itu!
~ bercampur malang (peribahasa) kehidupan orang yang sangat sengsara (segala yang dihajati tidak diperoleh);
bagai menjenguk jerat ~ (peribahasa) pergi ke sesuatu tempat tetapi untuk sebentar sahaja, orang yang gemar berjalan-jalan;
menyialkan mendatangkan sial:
tidak cukup engkau dengan sial dirikau, kausialkan orang lain pula;
sialan
1. orang yang (mendatangkan) sial;
2. [Indonesia] jahanam, celaka (kata makian):
~ lu!
kesialan perihal sial, kecelakaan:
tetapi Bidin berasa takut kalau-kalau ~ wang loteri itu akan membuatkan kapal yang ditumpanginya jadi kacau.
sial II
~ menahun
a) sejenis tumbuhan (pokok), Pternandra capitellata;
b) sejenis tumbuhan (pokok), lidah katak, Pternandra coerulescens.
sialang I
sarang lebah;
bersialang
1. berterbangan banyak-banyak atau berkerumun (lebah);
2. [Minangkabau] mengambil manisan dari sarang lebah.
sialang II
= pokok ~ sejenis tumbuhan (pokok tempat lebah suka bersarang), tualang, Koompassia excelsa.
sialit
sejenis tumbuhan (rumpai untuk ubat kencing nanah), Scleria sumatrensis.
siam I
bunga ~ sejenis tumbuhan (pokok renek), pokok lasana, Acacia farnesiana.
siam II
burung ~ sejenis burung, burung kuning, Pyconotus a. atriceps;
punai ~ sejenis burung, Treron b.
bicinta.
siam III
[Arab] puasa;
saum.