sewat

menyewat mengambil sesuatu benda dengan pantas, mencuri, menyambar:
ia pun berlari, disewatnya suatu benda yang terletak di atas meja itu.

sewel

[bahasa percakapan] tidak begitu waras atau siuman, kegila-gilaan, kemamar.

Sg.

[kependekan] Sungai:
~ Pahang.

Sherpa suku kaum di pergunungan Himalaya yang tinggal di sempadan Nepal dan Tibet, yang berkemahiran mendaki gunung, sering menjadi pengiring, pemandu arah, pembawa barang dan sebagainya untuk pendaki gunung.

si I

1. kata penyerta yang digunakan di depan nama orang (sebagai timang-timangan, panggilan, ejekan atau sebagai penghinaan):
S~ Ali;
~ bisu;
~ bodoh;
~ bongsu;
~ hitam;
~ pencuri;

2. kata penyerta yang digunakan di depan nama sendiri (untuk merendahkan diri):
S~ Tuah tidak mahu menderhaka kepada tuannya;

3. kata penyerta untuk menegaskan orang yang melakukan atau yang terkena sesuatu:
~ mati;
~ penjual;
~ piutang;
~ pencuri;
~ tertuduh.

si II

awalan pada berbagai-bagai nama binatang atau tumbuhan, se:
~dingin;
~kedidi;
~tawar.