sewa

1. penggunaan (peminjaman) sesuatu dengan membayar wang:
segala yang bersabit dengan tanah itu seperti jual beli, gadai-menggadai, ~, dan lain-lain mestilah didaftarkan;

2. sesuatu (kereta, rumah, dan lain-lain) yang boleh digunakan dengan membayar wang:
kereta ~;
rumah ~;
tanah ~;

3. wang yang dibayarkan untuk menggunakan sesuatu, tambang (berkenaan (dengan) kenderaan):
~ rumah kami sangat murah;
~ pergi balik;
~ beli
urus niaga atau sistem jual beli yang membolehkan pembeli memperoleh atau menggunakan barang (seperti kereta dan lain-lain) yang dibelinya dengan hanya membayar sejumlah wang pendahuluan dan kemudian menyelesaikan bayaran baki harga barang tersebut secara ansuran;

menyewa menggunakan (meminjam) dengan membayar sewa:
sekarang mereka ~ sebuah bilik kecil;

menyewakan = mempersewakan memberi orang lain menggunakan sesuatu dengan mengutip sewa:
tuan rumah itu juga turut tertangkap kerana ~ rumahnya untuk tempat berjudi;
rumah-rumah petak itu didirikannya untuk dipersewakan;

tersewa berupaya (mampu) membayar sewanya:
saya berpindah dari sebuah kedai ke rumah petak kecil, disewa berkongsi-kongsi, sebab tidak ~ sendiri;

sewaan

sesuatu yang disewa (disewakan):
selepas perang mereka tinggal di sebuah bilik ~ kepunyaan seorang saudagar India;

penyewaan perbuatan menyewa(kan);

penyewa
1. orang yang menyewa:
di serambi rumah itu memang banyak disediakan kerusi untuk ~ duduk-duduk mengambil angin waktu petang;

2. wang dan lain-lain untuk membayar sewa:
wang ~ rumah;
~ kecil
orang lain yang menyewa tanah, rumah dan sebagainya daripada penyewa utamanya.

sewah II

[Kelantan];

menyewah
1. terbang melayang rendah (seperti helang dan lain-lain);

2. menyambar (berkenaan (dengan) helang).

sewaka

[arkaik];

bersewaka [sastera lama] duduk menghambakan diri (kpada raja, orang-orang besar, dan lain-lain), duduk menumpang di rumah orang (dengan menolong tuan rumah bekerja dan lain-lain).

sewar

[sastera lama] senjata yang menyerupai tumbuk lada tetapi matanya lebih melengkung.