[Kelantan], [Pahang], [Terengganu] sembuh (penyakit).
siar VII
[Brunei];
udang ~ sejenis udang kecil.
siarah, siarat
bintang ~ planet yang beredar mengelilingi matahari (Marikh, Musytari, Zuhrah, dan lain-lain), kaukab.
siaran
sesuatu yang disiarkan atau diterbitkan (pengumuman, berita, dan lain-lain):
aku hendak mendengar semua ~ radio hari ini;
surat ~ surat yang disebarkan kepada orang ramai;
persiaran [arkaik] pengumuman, pemberitahuan;
penyiaran
1. perbuatan menyiarkan:
~ agama Islam di Tanah Melayu;
2. (Komunikasi) aktiviti mengadun dan memancarkan rancangan radio dan televisyen kepada khalayak di sekitar kawasan yang dapat diliputi oleh alat penerima siaran dengan menggunakan sistem analog, satelit atau kabel;
penyiar
1. orang yang menyiarkan, pengembang (agama);
2. alat pemancar (radio dan lain-lain);
3. penerbit dan penjual (buku dan lain-lain);
4. petugas radio dan televisyen yang terlibat secara langsung dalam aktiviti penyiaran rancangan media elektronik.
siarawan
(Komunikasi) orang yang terlibat secara langsung dalam aktiviti merancang, menyediakan dan menyiarkan rancangan untuk disalurkan melalui media elektronik:
kebebasan ini sudah disalahgunakan oleh ~ stesen radio swasta.
siasah
1. pengetahuan yang bersangkutan dengan hal-hal kenegaraan (pemerintahan dan lain-lain), politik:
orang asing yang tinggal di negeri ini telah diingatkan supaya jangan mencampuri hal-hal ~ negeri kita;
parti ~ parti politik;
2. kebijaksanaan (kebolehan, muslihat) untuk mencapai sesuatu maksud:
sekarang ia sedang mengatur ~ hendak membalas sakit hatinya;
~ perang muslihat (tipu helah) peperangan;
siasat I.
siasat I
1. pemeriksaan (yang teliti), penyelidikan:
mereka bersidang untuk menjalankan ~ ber hubung dengan keselamatan dalam negeri, sama ada perkara itu benar atau tidak;
terlalu sangat periksa dan ~nya;
badan ~ badan penyelidik (mencari keterangan);
2. teguran, celaan, kecaman, kritik;
3. segala sesuatu yang bersangkutan dengan kenegaraan (pemerintahan negeri), siasah, politik:
campur tangan Belanda dan Inggeris dalam ~ Alam Melayu juga dikisahkan dalam buku tersebut;
4. kebijaksanaan (kebolehan, kecekapan, dan lain-lain) mengerjakan sesuatu (mencapai sesuatu maksud), muslihat, taktik:
ahli negara Byzantium telah menjalankan suatu ~ licin untuk melemahkan kaum Muslimin di Timur dan orang Kristian di Eropah Barat;
~ bumi hangus tindakan memusnahkan segala yang dianggap penting bagi musuh;
~ dunia politik dunia;
~ kura-kura [bahasa percakapan] tindakan yang diambil mengikut keadaan;
~ luar negeri politik luar negeri;
~ perang muslihat dalam peperangan;
~ perniagaan hal (ilmu pengetahuan, putar belit) dalam perniagaan;
bersiasat
1. membuat penyelidikan (pemeriksaan) dengan bertanya dan lain-lain;
2. menggunakan siasat (taktik, kebijaksanaan, muslihat, dan lain-lain) untuk mencapai sesuatu maksud, berdiplomasi;
menyiasat, menyiasati
1. menyelidiki (memeriksa) sesuatu perkara yang belum terang, mencari keterangan berkenaan sesuatu perkara, mengusut:
kerajaan berjanji akan ~ aduan-aduan itu;
kalau disiasati dengan lebih teliti, agaknya mudahlah dijejaki pembunuh-pembunuh itu;
2. menghuraikan (sesuatu perkara dan lain-lain), menyelidiki (untuk mengetahui kebenaran dan lain-lain), menelaah:
doktor sedang ~ apa jenisnya penyakit itu;
mereka mempercayai apa sahaja yang mereka dengar dengan tiada ~ atau menguji kebenarannya;
3. menanyai atau menyoal (untuk mengetahui sesuatu), menemu duga:
mereka telah dibawa ke Ipoh untuk disiasat;
siasat II
[sastera lama] hukuman, aniaya, seksa;
menyiasat, menyiasatkan menghukum, menganiaya, menyeksa.
siasatan
1. hasil daripada menyiasat, kajian, siasat:
lima puluh tahun dahulu sudah ada beberapa kertas ~ berkenaan dengan atom itu;
2. perihal menyiasat (menyelidik, mengusut):
~ ini dijalankan dengan bertanya kepada beberapa orang yang tahu sedikit sebanyak tentang pembunuhan itu;
penyiasatan perbuatan menyiasat (menyelidik), pemeriksaan, penyelidikan:
pihak-pihak berkuasa cuba mengadakan ~ tentang harta, tanggungan, dan pendapatan ahli-ahli yang hendak meminjam;
penyiasat orang yang menyiasat, penyelidik.
siat I
menyiat mencarik halus-halus (dengan tangan, gigi, paruh, dan lain-lain), mencarik (kertas), mengoyak (kulit daripada daging, kertas, dan lain-lain), menguliti:
gigi yang berjenis-jenis itu digunakan untuk memotong, ~, mengisar, dan menghancurkan makanan;
kadang-kadang majalah ayahnya disiatnya dan dibuatnya kapal atau layang-layang;
menyiat-nyiatkan [kiasan] menghancurkan sesuatu hingga berkecai:
aku merasakan pertengkaran kali ini seperti ~ hatiku;
tersiat terpisah kulit daripada daging, terkelupas (kulit), tercarik:
rambutnya direntap-rentap seperti hendak ~ kulit kepala;
sayat I.