sejenis irama atau rentak muzik.
seripit
menyeripit masuk dengan mencelah-celah:
beca Ahmad ~ sangat lincah di antara kenderaan lain.
serit
sejenis sikat rambut (yang kerap dan halus giginya untuk mencari kutu);
menyerit menyikat rambut dengan serit.
serium
(Kimia) sejenis unsur logam yang berwarna kelabu, sangat reaktif, dan digunakan untuk membuat aloi dan lain-lain.
serius
1. sungguh-sungguh, benar-benar, tegas dan bukan main-main:
ini suatu usaha yang murni dan sewajarnya diberi perhatian dan pemikiran secara ~;
dia termenung seolah-olah berfikir dengan ~;
kita hendaklah bekerja dengan ~;
2. genting, berat, dan parah kesannya:
keruntuhan moral merupakan satu perkara yang ~ yang perlu diatasi;
3. (berkenaan (dengan) penyakit, dan sebagainya) tenat, berat, teruk, parah:
penyakit kansernya semakin ~;
keseriusan keadaan serius, kesungguhan:
~ menghadapi sebarang kemungkinan.
serkah
sekah.
serkai
menyerkai memulas sesuatu (adunan yang dibungkus dengan kain dan lain-lain) untuk mengeluarkan airnya, memulas (memerah) kain untuk mengeluarkan airnya, mengayak (menapis) sesuatu.
serkap
1. sejenis alat untuk menangkap ikan (diperbuat daripada buluh, rotan atau bemban) yang berbentuk seperti kelongsong dan terbuka hujungnya;
2. sejenis alat untuk menyungkup ayam (diperbuat daripada buluh dan lain-lain);
~ jarang ki menuduh (meneka dan lain-lain) dengan sembarangan sahaja;
menyerkap
1. menangkap ikan dengan menggunakan serkap:
tiap-tiap petang Ani mengikut bapa angkatnya ~ ikan di sawah;
2. = menyerkapi menyungkup atau mengurung dengan serkap (ayam dan lain-lain);
3. menyerang (menyerbu, memerangkap) dengan tiba-tiba:
ia diserkap secara tiba-tiba oleh musuhnya;
terserkap [sastera lama] dengan tiba-tiba atau mengejut (serangan dan lain-lain):
maka datanglah ia dengan ~, tiada sempat Yang diPertuan Muda berbuat kubu lagi.
serkat
[Kelantan] galah yang bersangkak di hujungnya (untuk mengambil buah-buahan supaya jangan jatuh).
serkup
sesuatu benda yang jeluk yang digunakan untuk menyungkup (menutup dan lain-lain) sesuatu yang lain:
~ kaca;
menyerkup
1. menyungkup (menutup dan lain-lain) dengan sesuatu yang jeluk:
tuanku Malim Deman pun disembunyikan olehnya di bawah dapur diserkup dengan kawah;
2. menutup (menudung) dengan sesuatu:
ia membetul-betulkan rambutnya yang ~ dahi;
3. [kiasan] menyelubungi, meliputi:
kelam malam ~ seluruh kampung itu;
menyerkupkan memakai sesuatu untuk menyerkup:
Long mengambil songkoknya dan ~nya ke atas kepalanya.