serobot

[Jakarta];

tukang ~ orang yang suka merampas (merebut, mencuri, dan lain-lain) hak orang lain;
main ~ berbuat perbuatan yang melanggar peraturan (tidak sah);

menyerobot
1. mengambil sesuatu dengan melanggar hukum atau peraturan (mencuri, merampas, menyerang, dan lain-lain):
basikal itu diserobot orang;
tunangannya diserobot orang;

2. mengerjakan sesuatu dengan nekad (dengan diam-diam):
ia akan ~ sahaja masuk ke dalam tempat siaran itu;
bola itu diserobot oleh lawannya dari belakang;

3. menggunakan jalan dengan tidak mengendahkan orang lain (peraturan jalan raya dan lain-lain):
jangan suka ~ jalan;

penyerobotan perbuatan menyerobot;

penyerobot orang yang menyerobot.

seroda

duri dan lain-lain yang dibelitkan pada batang pokok (untuk mencegah daripada dipanjat orang dan lain-lain), serangkak;
seperti memanjat terkena ~ (peribahasa) perihal orang yang mendapat bahaya kerana nafsunya sendiri.

serodok

menyerodok
1. menyusup di bawah sesuatu (belukar, pagar, dan lain-lain), menyeluduk, menyorok;

2. menyondol dengan kepala (orang, binatang, dan lain-lain), menyudu dengan paruh (itik dan lain-lain):
itik telah keluar dan berebut-rebut ~ ke dalam pelimbahan;
~ galas lalu
(peribahasa) menyesuaikan diri dengan pekerjaan.

seroja

1. sejenis tumbuhan (herba dan bunga), bunga pukul empat, bunga pecah empat, kembang pukul empat, Mirabilis jalapa;

2. = ~ biru sejenis tumbuhan (herba), kelepok, telepuk, teratai kecil, tunjung biru, Nymphaea stella;

3. = ~ merah sejenis tumbuhan (herba), bunga padma, bunga telepok, teratai, Nelumbium nelumbo.