serlah

menyerlah
1. kelihatan nyata (kerana tidak dilindungi apa-apa dan lain-lain), kelihatan bercahaya atau berseri (bulan, muka perempuan, dan lain-lain):
di kala langit itu cerah, bintang nampaknya ~;

2. (kelihatan) terkemuka, (kelihatan) menonjol:
di samping beberapa nama, Baharuddin Zainal ialah penulis esei yang ~ bakatnya;

menyerlahkan
1. menjadikan terserlah, menjadikan terang bercahaya (berseri dan sebagainya):
setiap satunya merupakan cantuman berlian-berlian bermutu yang ~ cahaya dan kilauan dengan sepenuhnya;

2. mengemukakan (dengan nyatanya), menonjolkan:
tulisan-tulisan Muhammad Haji Salleh, walaupun tidak banyak tetapi cukup untuk ~ pandangan tentang nilai estetika Sastera Melayu;

terserlah menyerlah;

keterserlahan perihal (keadaan) terserlah;

serlahan

sesuatu yang menyerlah (terserlah);

penyerlahan perihal (usaha, proses, dan sebagainya) menyerlahkan sesuatu, penonjolan:
amanat yang mengarah kepada ~ permasalahan itu.

serling

lubang (sebagai jerat) untuk menangkap binatang, pelubang;

terserling terjatuh ke dalam serling.

sero I

[Indonesia] pancang-pancang seperti pagar (daripada kayu, buluh, dan lain-lain) yang dipasang di tepi laut untuk menghalau ikan ke tempat yang dikehendaki, kelung, belat betawi.

sero II

[Indonesia] syer, saham;
untung ~ keuntungan yang diperoleh daripada perniagaan dan lain-lain dan dibahagi-bahagikan kepada pemegang-pemegang syer;

perseroan persyarikatan dalam hal perdagangan (perniagaan), perkongsian;
~ terbatas [Indonesia] syarikat berhad;

pesero orang yang mempunyai syer dalam sesuatu badan perniagaan, pemegang syer.