serindit

sejenis burung (bulunya berwarna hijau), Loriculus galgulus galgulus;
~ gajah
sejenis burung, nuri, Psikologittinus cyanurus cyanurus.

sering I

1. kemas dan keras (pintalan tali, benang, dan lain-lain), keras (kain yang dikanji, kertas tebal, dan lain-lain);

2. tegang (tali diregangkan, urat, dan lain-lain), kejang;

3. [arkaik] kurus tetapi mampat dagingnya serta cergas dan tegap (badan orang):
orang yang suka makan pedas, badannya ~ tapi liat;

bersering;
~ urat leher ki bertengkar:
Itam dan Baki sedang ~ urat leher membincangkan sesuatu;

menyering
1. memintal (tali, benang dan lain-lain) hingga sering;

2. menegangkan sesuatu yang ditenun (dianyam dan lain-lain).

sering II

1. = sering-sering kerap kali, acap kali, selalu:
orang itu ~ sahaja datang ke rumahnya;

2. = sering-sering [arkaik] kadang-kadang:
Ali dan Azman sering-sering bertengkar;

keseringan perihal sering (selalu), kekerapan, acap kalinya:
~ penggunaan teknik ini bisa mengaburkan cerita.

seringai

1. gerak bibir atau muka (untuk mengejek, mengeji, dan lain-lain), kenyih, gerenyot;

2. senyuman lebar (yang menampakkan gigi);

menyeringai menggerenyotkan bibir atau mulut (untuk mencebik, mengeji, mengejek, dan lain-lain):
gadis itu cuma tersenyum ~;

menyeringaikan;
~ gigi menampakkan gigi (ketika menyeringai):
nenek Tempe ~ gigi hitamnya;

terseringai
1. terbuka sedikit mulutnya (seperti orang tersenyum) dan tergerenyot bibir atau muka:
kawannya itu ~ kesakitan;
bahagian kepala Razak terasa sakit dan dia ~ menahannya;

2. tersengih dan kelihatan giginya, terkernyih, tergerenyot.