serak III.
serika
seterika.
serikandi
[arkaik] srikandi.
serikaya
sejenis tumbuhan (pokok dan buah), buah nona, Anona squamosa.
serikultur
penternakan ulat sutera untuk menghasilkan sutera mentah.
serimala
[sastera lama] tukang kayu, tukang ukir:
ada seorang ~ bersahabat dengan seorang pandai emas.
serimbung
akar ~ sejenis tumbuhan (pokok renek), julang jantan, rabu kumbang, Alchornea rugosa.
serimpet
[Jawa];
keserimpet tersampuk (tersangkut, tersaur) kaki.
serimpi
[Jawa] gadis penari (di istana):
dengan gerak tangan seperti ~, dia mempersilakan aku duduk di atas kerusi;
tari ~ tarian oleh gadis-gadis (hanya di istana sahaja).
serindai
1. sejenis hantu air (yang suka mengganggu orang perempuan);
2. merdu dan enak didengar (suara).