serkap

1. sejenis alat untuk menangkap ikan (diperbuat daripada buluh, rotan atau bemban) yang berbentuk seperti kelongsong dan terbuka hujungnya;

2. sejenis alat untuk menyungkup ayam (diperbuat daripada buluh dan lain-lain);
~ jarang ki menuduh (meneka dan lain-lain) dengan sembarangan sahaja;

menyerkap
1. menangkap ikan dengan menggunakan serkap:
tiap-tiap petang Ani mengikut bapa angkatnya ~ ikan di sawah;

2. = menyerkapi menyungkup atau mengurung dengan serkap (ayam dan lain-lain);

3. menyerang (menyerbu, memerangkap) dengan tiba-tiba:
ia diserkap secara tiba-tiba oleh musuhnya;

terserkap [sastera lama] dengan tiba-tiba atau mengejut (serangan dan lain-lain):
maka datanglah ia dengan ~, tiada sempat Yang diPertuan Muda berbuat kubu lagi.

berkongsi