bertemu
1. berjumpa (dengan), bersua (dengan), tersua:
dia ~ dengan anak muda itu ketika menonton filem;
2. berhadapan muka (dengan), bersemuka (dengan):
terlebih baik aku ~ dengan harimau daripada ~ dengan bapaku;
3. memperoleh (barang yang dicari dan lain-lain), mendapat, menjumpai:
ia mencari air tetapi tidak juga ~;
4. = ~ pada (di) ada di, terdapat di, kedapatan:
tidak akan ~ air tawar di kawasan ini;
5. bersambung atau berhubungan menjadi satu (sungai dengan sungai dan lain-lain):
maka adalah khabarnya hulu Sungai Terengganu itu ~ dengan hulu Sungai Kelantan;
kain panjang yang tidak berjahit ~;
6. cocok (perkataan dengan perbuatan dan lain-lain), sesuai, benar-benar berlaku (ramalan, dugaan, dan lain-lain), tercapai (cita-cita), berhasil, sampai:
akhirnya cita-citanya itu ~ juga;
7. mendapat bahaya dan lain-lain, kena:
dalam dunia perkahwinan kau nanti ~ sedikit-sedikit kesulitan dan masalah;
~ dengan maut meninggal dunia, mati;
~ ketika [Kelantan] cukup semusim (sebulan, seminggu);
~ lutut
a) duduk dengan merapatkan lutut;
b) duduk rapat sekali (kerana ramai orang);
~ muka berhadapan muka, bersemuka;
~ waktu dari satu waktu hingga ke waktu yang sama pada hari yang lain (dalam sembahyang);
menemu [arkaik] mendapat;
tak ~ [Johor] tidak berjumpa;
menemui
1. bertemu dengan, berjumpa dengan:
orang-orang yang saya temui semua peramah;
2. pergi bertemu dengan, mengunjungi, menziarahi, melawat:
aku pergi ~ seorang guru pelatih;
3. = menemukan berjumpa dengan apa yang dicari dan lain-lain, mendapat, mendapati:
polis kemudiannya telah ~ kereta yang digunakan oleh perompak-perompak tersebut;
4. = menemukan mengalami (kesulitan dan lain-lain), menderita, merasai:
perasaannya masih terlalu polos dan kurang mengerti akan kemungkinan halangan-halangan yang ditemui orang lain;
5. mengetahui bahawa ada (apa yang tersembunyi dan lain-lain), mengetahui ada, mendapati:
kalau dibandingkan Tuhfat-al-Nafis dengan syair Acheh, kita dapat ~ kesamaan tertentu, misalnya mengenai peristiwa kematian Raja Haji;
6. bertemu menjadi satu (bersentuhan dan lain-lain), menghubungi;
7. [arkaik] memenuhi (undangan dan lain-lain), menepati:
ia tidak pernah ~ janjinya;
menemukan
1. = menemui mendapati, menjumpai:
di seluruh halamanku, tidak kutemukan sekuntum mawar pun;
2. mendapati atau menjumpai (sesuatu yang tersembunyi, belum diketahui lagi);
3. mencari sesuatu yang sesuai (cocok, padan): apa yang kita perlukan ialah ~ kata yang tepat yang sanggup menjelmakan emosi;
mempertemukan
1. membawa (menjadikan) supaya bertemu, menyemukakan:
biarlah engkau tolong ~ saya dengan dia, supaya saya bermaafan dengannya;
Tuhan yang Maha Pengasih akan ~ aku dengan ayah;
2. memperhadapkan;
3. memperhubungkan, merapatkan:
kedua-dua belah hujungnya dipertemukan;
4. menyatukan kembali;
5. = ~ jodoh mengahwinkan (memperisterikan, mempersuamikan);
pertemuan
1. perihal bertemu, perjumpaan:
kenangan beliau kembali kepada ~nya dengan Datuk Bomoh;
2. tempat bertemu (berkumpul dan lain-lain):
Kuala Lumpur letaknya di ~ Sungai Gombak dengan Sungai Kelang;
3. perkumpulan, perhimpunan (mesyuarat dan lain-lain):
dia mengajak orang-orang yang ada pada ~ itu agar bangkit menentang musuh;
4. pergaulan, persamaan (pendapat dan lain-lain):
aku perlukan engkau dalam soal menghadapi Kadir, kita banyak ~ pendapat;
5. perjodohan, perkahwinan:
maka tidaklah syak lagi yang ~ itu sukar berpanjangan;
penemuan
1. perihal menemui atau menemukan:
pekebun sayur itu memberitahu polis mengenai ~ senjata api itu;
2. sesuatu yang didapati (ditemui):
beliau telah membuat beberapa ~ dalam bidang kimia;
penemu orang yang menemui (alat baru dan lain-lain);
ketemu.