angau

asyik terbayang, terkenang dan sebagainya akan seseorang, terutamanya apabila dilamun perasaan cinta atau keinginan yang amat sangat terhadap seseorang:
Shida betul-betul membuatku ~;
aku dicap sebagai budak ~ dan aku selalu dikatakan berkhayal sewaktu belajar oleh guru yang mengajar aku;
gila ~;
sakit ~.

mengangaukan menyebabkan atau menjadikan angau:
entah apa yang ~nya sehari dua ini, kerana semua kerjanya tidak beres.

berkongsi