sepasin

[Minangkabau] kepompong sibur-sibur;
~ dapat bersiang (peribahasa) mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka;
bersurih bak ~, berjejak bak berkik, berbau bak embacang (peribahasa) mempunyai bukti (tanda) yang sahih berkenaan sesuatu kejahatan (kesalahan dan lain-lain).

sepat II

1. = ~ karang = ~ laut sejenis ikan laut, Pempheris spp.;

2. = ~ siam sejenis ikan darat, Trichogaster pectoralis;
~ padi = ~ ronggeng
sejenis ikan darat, Trichogaster trichopterus;
bagai anak ~ ketohoran
(peribahasa) seseorang yang menunjukkan kemalasannya ketika di rumah orang;
bodoh-bodoh ~, tak makan pancing emas (peribahasa)
a) orang bodoh sekalipun tahu juga memilih apa yang baik untuk dirinya;
b) orang bodoh yang mendapat kecelakaan kerana berpura-pura bersikap seperti orang tahu;
tersendeng-sendeng seperti ~ di bawah mengkuang (peribahasa) orang kecil yang takut dan malu hendak menghampiri orang yang lebih besar dan mulia.

sepat III

kacang ~ sejenis tumbuhan (herba yang memanjat), kacang kara, kacang kedele, kacang keriji, kacang monyet, kekora, Dolichos lablab;
kayu ~
sejenis tumbuhan (pokok), Macaranga triloba;
rumput ~
sejenis tumbuhan (rumput), rumput minyak, Daemonorhops angustifolius.

sepati

sejenis tumbuhan (pokok renek), jarum merah, kepayang air, mata pelanduk, Ixora arguta.

sepatu I

1. sejenis pakaian (diperbuat daripada getah, kulit, dan lain-lain), kasut, kaus;

2. sesuatu yang menyerupai sepatu (seperti alas kaki meja dan lain-lain);
~ besi [Indonesia] = ~ kuda ladam;
~ luncur kasut luncur;
~ roda kasut roda;

bersepatu memakai sepatu:
dia ~ kilat.

sepatu II

bunga (kembang) ~ [Indonesia] sejenis tumbuhan (pokok kecil), bunga raya, Hibiscus rosasinensis.

sepatung

sibur-sibur:
bagai ~ mandi = selama ~ cebok (peribahasa) menyatakan waktu yang sebentar sekali.

sepeda

[Indonesia] basikal, kereta angin (lereng);
~ kumbang basikal yang bermotor;
~ motor motosikal.