~ bulan sejenis binatang kecil seperti lipan (tetapi banyak kakinya dan mudah bergulung apabila tersentuh), gengulung, gonggok, mentibang, ulat monggok, Trigoniulus lumbricinus.
sepah IV
sejenis batu permata (ada gambar akar atau kayu di dalamnya).
sepai I
bersepai
1. bersepah menjadi kecil dan terserak ke merata, berkecai:
maka bergegarlah rumah itu seluruhnya bagai akan pecah ~;
2. berserak-serak, bertabur ke merata-rata tempat:
air liur ~ ke muka Lebai Dusin;
bersepaian berserakan, bertaburan:
~ kaca.
sepai II
[bahasa percakapan] penyuluh (pencari) rahsia, perisik, pengintip.
sepak
pukulan dengan kaki, depak, tendangan;
~ raga jaring = ~ takraw sejenis permainan dengan bola raga yang memakai jaring di tengah gelanggang;
~ sila tendangan dengan bahagian kaki di sebelah dalam;
~ singkar tendangan dengan bahagian kaki sebelar luar;
~ terajang
a) tendangan dan pukulan dengan kaki (kerana marah, dalam perkelahian, dan lain-lain);
b) tingkah laku, gerak-geri, sikap;
bola ~ sejenis permainan bola di padang dengan cara menyepak;
bersepak bermain sepak;
~ raga bermain sepak raga;
menyepak memukul dengan kaki, menendang, mendepak:
ia ~ punggung temannya;
~ bola;
~ raga;
bunga disunting perdu disepak buang (peribahasa)
a) seseorang yang gemar akan hak orang tetapi benci akan tuannya;
b) perihal anak menantu yang membenci mentuanya;
menyepakkan memukulkan dengan kaki, menendangkan;
sepakan hasil menyepak, tendangan;
~ sudut tendangan penjuru.
sepak I
bunyi seperti bunyi tamparan dan lain-lain:
menampar dengan amat keras ~nya;
menyepak menampar, menempeleng:
ia ~ tengkuknya yang dihinggapi nyamuk.
sepak II
[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] jari-jari pada roda.
sepam
1. [Johor], [Pahang] sejenis tumbuhan (pokok), kolah, topah, Mangifera longipetiolata;
2. sejenis tumbuhan (pokok), Mangifera maingayi.
sepan I
1. sejenis tumbuhan (pokok menjalar), Gymnopetalum cochinchinensis;
2. sejenis tumbuhan (pokok), keranji, kuran, Dialium spp.
sepan II
[Indonesia], [bahasa percakapan]
1. secukup-cukup sahaja (tidak berlebih);
2. sempit, ketat;
disepan
1. dihadkan (sehingga cukup sahaja);
2. diregangkan supaya tegang, menegangkan.