[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] jurutera.
sep
[Indonesia-Belanda] ketua di sesuatu pejabat (stesen dan lain-lain):
saya ~ di sini, engkau boleh angkat kaki sekarang juga, saya tidak dapat menunggu lama lagi;
bersep [bahasa percakapan] menghamba (kepada), bertuankan (kepada).
sepa I
[Perak];
tersepa terlalu letih, keletihan.
sepa II
[Kedah], [Pulau Pinang] kami semua.
sepada
[Jakarta] [kependekan] siapa ada (di rumah).
sepadan
1. sejenis tumbuhan (palma), pinang boreng, pinang buring, pinang bohong, pinang burung, pinang hutan, pinang kelasak, pinang pacat, pinang (palas) tikus, Iguanura geonomiformis;
2. = pinang ~ sejenis tumbuhan (palma), Iguanura wallichiana.
sepagi
rumput ~ sejenis tumbuhan (rumpai), rumput tahi babi, Vernonia cinerea.
sepah
bersepah, bersepah-sepah
1. = tersepah berserak-serak (dengan tidak keruan), bertabur ke merata-rata tempat:
rambut dan habuk ~ di lantai;
2. = menyepah [bahasa percakapan] banyak sekali (dan boleh dapat di merata-rata tempat):
bukankah banyak buah belolok dalam kampung ini, kalau hendak, ~ di tepi jalan;
bersepahan bertaburan (berserakan) di merata-rata tempat, tidak teratur atau tersusun (pakaian, pinggan mangkuk, dan lain-lain):
pinggan mangkuk sisa makanan petang tadi masih ~;
menyepahkan menaburkan (menyerakkan) ke merata-rata tempat:
majalah-majalah itu disepahkan di hujung gulungan tikarnya.
sepah I
hampas benda yang telah dikunyah dan dihisap airnya (seperti tebu, sirih, dan lain-lain):
maka ia pun segeralah santap sirih maka ~nya itu pun diberikan kepada tuan puteri Kuntum Ratna Sari;
sepelontar ~ sirih jarak yang dekat sekali;
~ tembakau [Kelantan]
a) sesuatu yang tidak berguna lagi;
b) sampah masyarakat;
habis manis ~ dibuang (peribahasa) digunakan sesuatu sewaktu ada perlunya sahaja, setelah itu ditinggalkan;
menyepah mengambil sari atau air daripada sesuatu (seperti sirih, tebu, dan lain-lain) dengan mengunyah:
apa yang disepah oleh budak itu?
sepah II
~ puteri
a) sejenis burung, Dicaeum cruentatum ignitum;
b) sejenis burung, Dicaeum t. trigonostigmum;
~ puteri gunung sejenis burung, Dicaceum sanguinolentum dolichorhynchum;
~ puteri kecil sejenis burung, Dicaeum concolor borneanum;
~ raja sejenis burung, kelicap merah, Aethopyanga siparaja siparaja.