senyap.
senyampang
1. kebetulan, untunglah, mujurlah:
~ hari masih pagi, jika tidak, tidak dapat kita kembali;
2. kalau-kalau, jika sekiranya:
~ balik esok, jemputlah singgah;
3. selagi, sementara:
~ ada peluang tuan ziarahi kubur;
4. mentang-mentang, masakan:
~ dia berpangkat, bukan main sombong lagi.
senyamuk
sejenis tumbuhan (pokok renek), nyamuk, penyamuk, sugi damar, Guioa pleuropteris.
senyap
1. = ~ sunyi = sunyi ~ sunyi sekali, tidak bising sedikit pun, sepi;
2. tidak kedengaran apa-apa, tidak ada sesiapa yang bercakap (berkata-kata):
ketika itu ~, tiada siapa yang berani bercakap;
3. tidak berkata-kata, tidak mengatakan apa pun, tidak bersuara, diam;
4. nyenyak (tidur), lena;
5. tidak sibuk (perniagaan), lengang;
6. tidak diperkatakan lagi (sesuatu perkara):
akhirnya perkara itu ~ dengan sendiri;
senyap-senyap tidak dengan berkata-kata, secara rahsia:
perasaan kecewa itu tersimpan ~;
bersenyap-senyap dengan diam-diam (tidak bising, tidak bersuara, dan lain-lain);
menyenyapkan menyebabkan senyap (tidak mengeluarkan bunyi, tidak kedengaran suara, tidak diperkatakan lagi dan sebagainya):
makanan yang diberikan itu ~ salakan anjing jirannya;
kesenyapan perihal (keadaan dan sebagainya) senyap:
penuturan perkataan itu dalam dua ujaran yang dipisahkan oleh ~;
seseorang pengerusi yang putar belit akan menganggap bahawa ~ peserta adalah sebagai tanda bersetuju;
penyenyap alat untuk mengurangkan bunyi bising (pada ekzos enjin, senapang, piano, dan lain-lain).
senyar
rasa menggelenyar atau geranyam di tangan (apabila siku terhantuk pada benda-benda yang keras dan lain-lain).
senyek
[Kelantan]
1. = sejuk ~ terlalu sejuk;
2. lembap (melakukan sesuatu kerja), lemah.
senyonyong
minyak ~ sejenis ubat guna-guna, minyak pengasih.
senyum
1. gerak bibir yang ternaik pada hujungnya yang membayangkan rasa suka (geli hati, setuju, dan sebagainya) tanpa mengeluarkan suara:
perempuan muda itu kelihatan memberikan ~ manisnya kepada laki-laki itu;
2. menggerakkan bibir hingga ternaik sedikit hujungnya bagi membayangkan rasa suka (geli hati, setuju, dan sebagainya) tanpa mengeluarkan suara:
~, ~, kata ayah sebelum memetik kamera;
~(-senyum) kambing senyum yang dibuat-buat untuk mengejek;
~ kanyur senyum yang dibuat-buat (ketika marah);
~ kucing [Kelantan] senyum yang mengandungi sesuatu muslihat;
~ manis senyum yang menarik sekali (menampakkan kejelitaan seseorang);
~ mesra
a) senyum yang menunjukkan rasa mesra;
b) sejenis kuih daripada tepung yang dicampur dengan berbagai-bagai ramuan;
~ raja senyum yang dibuat-buat (tidak mengandungi apa-apa makna);
~ serong-serong bahasa senyum sedikit sahaja;
simpul senyum yang menandakan gembira (geli hati, dan lain-lain);
~ sinis senyum yang dibuat-buat kerana mengejek (menyindir);
~ sumbing senyum sedikit sahaja;
~ tawar senyum yang dibuat-buat ketika berdukacita (dalam kecewa dan lain-lain);
senyum-menyenyum saling tersenyum:
sudah luput segala tunduk-menunduk, ~ serta tegur-menegur;
menyenyumi melahirkan senyuman kepada:
dia ~ si pelacur tua secara sinis;
tersenyum melahirkan senyum:
Wan Intan ~ berkulum melihat temasya yang berlaku di hadapannya itu;
tersenyum-senyum mengeluarkan senyum yang berulang-ulang dan agak berpanjangan, tersenyum berulang-ulang atau dengan agak berpanjangan:
beberapa orang mahasiswa kelihatan ~ memandang gelagat kami;
dia ~ mendengar segala janjiku itu;
senyuman hasil tersenyum:
~nya menyejukkan hati.
senyur
sejenis ikan laut, Monodactylus falciformis.
senyur I
(Portugis) kata sapaan atau panggilan untuk orang lelaki yang bererti tuan atau encik.