sentulang

sejenis tumbuhan (pokok), medang gembut, medang tanduk, mentagur paya, pokok segan selumbar, Jackia ornata.

sentung II

[Minangkabau]

1. erat, rapat;
~ pintu palang pintu;
~ pelalai sejenis ubat guna-guna yang menyebabkan perempuan tidak mahu berkahwin atau beroleh jodoh;

2. sejenis baji untuk menegangkan kulit rebana (gendang);

menyentung mengenakan (memasang) sentung.

senu

sejenis tumbuhan (pokok renek), terembesi, tutup awu, Pipturus incanus.

senumpul

sejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Flacourtiaceae, setumpul, karpus (Sabah), Hydnocarpus spp.