sejenis alat untuk mencengkam dan mengetatkan atau melonggarkan nat (bolt dan lain-lain);
~ hidup sepana yang satu bahagian pencengkamnya dapat digerak-gerakkan untuk menyesuaikannya dengan saiz nat, bolt, dan lain-lain.
sepandri
[Indonesia-Belanda] sejenis pangkat dalam tentera (tinggi sedikit daripada prebet).
sepanduk
kain dan lain-lain bertulis yang dibawa dalam perarakan dan lain-lain untuk menyatakan sesuatu kepada orang ramai dan lain-lain.
sepang I
sejenis tumbuhan (pokok yang kayunya boleh dibuat bahan pencelup), Caesalpinia sappan;
merah ~ merah tua.
sepang II
~ kederang [Kelantan] orang yang tidak boleh diharap (kerana malas dan lain-lain).
sepanggil
sejenis tumbuhan (pokok renek), bunga mara, bunga tinggal, panggil-panggil, pemanggil, pengkilai, pepanggil, Clerodendron paniculatum.
separa
sebahagian sahaja, tidak sepenuhnya, separuh:
ragum boleh diperbuat daripada keluli, ~ keluli atau besi tuang.
separbang
[Indonesia-Belanda] bank simpanan wang.
separo
[Jawa] separuh.
sepasan
sepesan.