1. = daun ~ sejenis tumbuhan (pokok), babi kurus, berangan babi, giring-giring minyak beruk, Quercus lucida.
sepera
[Perak];
(orang) gila ~ orang yang bebal akal (bodoh benar).
seperadian
adi III.
seperah
kain yang digunakan untuk mengalas makanan yang disajikan;
menyeperah mengalasi dengan (kain) seperah.
seperai
[Indonesia-Belanda] kain alas tilam, kain cadar:
selembar-lembar dibukanya sarung bantal dan ~.
seperantu
sejenis bahan ubat yang berasal daripada pokok Sindora sumatrana.
seperti
1. sama (serupa) dengan, sebagai, semacam:
rambutnya ~ rambut perempuan;
laki-laki itu memejamkan matanya sejurus ~ orang kegelisahan benar;
2. sesuai dengan, sebagaimana:
keputusan Sijil Pelajaran Malaysia ~ yang tersiar dalam akhbar ini;
3. seolah-olah, macam:
~ tidak ada orang lain yang pandai;
4. = sepertinya misalnya, contohnya, umpamanya:
akhbar-akhbar Melayu ~ Utusan Melayu, Berita Harian, dan lain-lain banyak dibaca di kampung-kampung;
bukan ~ bukan main;
sepertinya
1. jikalau, seandainya, sekiranya:
~ engkau diajak mahukah engkau pergi?
2. selayaknya, semestinya:
maka oleh Paduka Bubunnya disuruhnya jemput surat itu dan disuruhnya arak dengan ~;
3. umpamanya;
sepertikan tidak ubahnya, bagaikan:
ia berjalan itu sangat perlahan ~ tiada berdaya lakunya;
menyepertikan sl
1. menjadikan sebagai sepatutnya, menjadikan sebagai yang sepantasnya;
2. menyamakan dengan, menganggap seperti.
sepertimana
sebagaimana, seperti.
sepesan
1. sejenis serangga (seperti belalang) yang berbisa, pesan-pesan, Gryllacris spp.;
2. [Indonesia] lipan;
mengaki ~ menyerupai kaki lipan, bertiras;
~ anak beranak, anaknya beranak (menggigit) pula (peribahasa) cepat sekali berkembang biak.
sepet I
[Jakarta]
1. sepat, kelat;
2. rasa tidak enak (mata), rasa sakit.