sepet II

kuyu, kecil sedikit (mata):
matanya ~ juga, macam mata orang Cina;

menyepetkan menjadikan kelihatan sepet, menguyukan (mata).

sepetang

sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar sepucat, balik adap (bukit), bunga bintang kuning (merah), cempaka hutan, pokok beruas hutan, puding belacan, Mussaenda mutabilis.

sepetir

1. sejenis tumbuhan (pokok), kedondong hutan, saga, Ormosia parviflora;

2. sejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Leguminosae, tampar hantu (Sabah), petir (Sarawak), Sindora spp.;

~ hantu = ~ senduk sejenis tumbuhan (pokok), Sindora wallichii;
~ jantan
sejenis tumbuhan (pokok), Sindora velutina;
~ minyak
sejenis tumbuhan (pokok), Sindora coriacea.

sepi

1. tidak riuh, senyap, sunyi:
kedua-duanya diam sejenak, seluruhnya ~ kecuali bunyi deru jentera yang tidak putus-putus;

2. tidak banyak orang, tidak ramai (pembeli di kedai dan lain-lain), lengang:
awak pernah gambarkan ~nya orang tua kalau dia sakit dan tidak ada orang di sampingnya;

3. [kiasan] tidak meriah (sambutan berkenaan sesuatu dan lain-lain), dingin:
kunjungannya ke sana telah mendapat sambutan yang ~ sekali;
memandang (menganggap) ~
ki tidak menghiraukan atau mempedulikan sangat;

menyepi
1. = bersepi-sepi pergi ke tempat yang sunyi (untuk menenteramkan diri dan lain-lain);

2. menghindarkan diri daripada orang banyak, mengasingkan diri, menyendiri;

3. menjadi sepi:
keriuhan ayam itik juga turut ~;

menyepikan menjadikan sepi:
Allah tidak ~ alam ini daripada mereka;
~ diri menghindarkan diri daripada orang banyak, menyepi;

kesepian
1. perihal keadan sepi, kesunyian:
hanya bunyi gobek itulah sahaja yang memecahkan ~;

2. berasa sepi (kerana keseorangan dan lain-lain):
dia ~ apabila ditinggalkan seorang diri;

penyepian perbuatan menyepi atau menyepikan diri:
selama ~nya itu dia telah dapat menyelesaikan karyanya yang paling penting.

sepiding

sejenis tumbuhan (rumpai), rumput giring-giring, selensing, selising, Hypolytrum latifolium.

sepina

(Undang-undang) surat yang meminta seseorang hadir (untuk memberikan keterangan sebagai saksi dan sebagainya) di mahkamah;

disepina diminta menghadirkan diri di mahkamah.