sepion

[Indonesia-Belanda] mata-mata (gelap);

menyepion mengintip (untuk mendapatkan rahsia dan lain-lain), memata-matai.

sepit I

1. alat untuk menjepit atau mengapit (seperti jari ketam);

2. alat makan orang Cina;
~ (penyepit) api alat (daripada besi dan lain-lain) untuk menjepit bara api;
~ baju
a) sepit yang digunakan untuk menyepit pakaian di ampaian;
b) pin baju;
~ bara alat penjepit seperti yang digunakan oleh tukang emas;
~ ketam
a) jari ketam dan lain-lain yang boleh menjepit;
b) sejenis jahitan untuk bahagian tepi benda yang dijahit;
~ rambut alat untuk menyepit rambut (supaya tidak ditiup angin);
kuih ~ sejenis penganan yang tipis daripada tepung gandum (telur, santan dan gula putih);
kuat ~ kerana kempa (peribahasa) orang yang menjadi kuat dalam sesuatu perkara kerana ada yang menolong atau menyokongnya dari belakang;

menyepit
1. memegang (mencengkam dan lain-lain) dengan sepit, menjepit dengan sepit:
ular mematuk, ketam ~;

2. mengapit atau menekan sesuatu di antara dua benda (seperti dengan kaki, jari, dan lain-lain);

tersepit
1. sudah disepit (diapit, dijepit, dan lain-lain):
cerut cap ayam yang ~ di bibirnya itu, dipasangnya;

2. [kiasan] terhimpit, tertekan:
seluruh kehidupan mereka ~ antara dua pihak yang mengadu kekuatan senjata dan tenaga;

penyepit sepit.

sepit II

1. = sepit-sepit sejenis tumbuhan (herba yang menjalar), gelang laut, sesepit, Sesuvium portulacastrum;

2. sejenis tumbuhan (pokok), bangsa jantan, hal(e)ban, leban, leban bunga (hitam, kunyit, nasi, pelanduk, tanduk), tampang besi, Vitex vestita;

3. sejenis tumbuhan (pokok), Ormosia microsperma.

sepoi-sepoi

= ~ bahasa perlahan-lahan atau lemah lembut (tiupan angin), silir-semilir:
angin yang tadinya bertiup dengan ~ bahasa telah berubah menjadi ganas.

Sept [kependekan] September.

septet

(Seni Muzik)

1. gubahan muzik untuk sekumpulan tujuh orang penyanyi atau pemuzik;

2. kumpulan muzik yang terdiri daripada tujuh orang penyanyi atau pemuzik.

septisemia

(Perubatan) keracunan darah yang berpunca daripada mikroorganisma penyebab penyakit dan toksinnya dalam darah.