[Kedah] penyakit kudis atau gatal-gatal pada buah kemaluan
sengkelang I
sengkela (penyakit kudis).
sengkelang II
bersilang (kaki atau tangan seperti waktu berpeluk tubuh dan lain-lain);
menyengkelangkan menyilangkan (kaki, tangan).
sengkelat I
sakhlat.
sengkelat II
tidak bersuci (selepas buang air).
sengkeling
bersengkeling;
bersengkeling tindih-menindih (kaki tangan), bersilang;
menyengkelingkan menyilangkan (kaki, tangan):
tangannya tidak pernah disengkelingkan ke belakang;
cengkeling.
sengkelit I
tali yang bersilang tempat melekatkan kaki (sewaktu memanjat pohon dan lain-lain);
bersengkelit menggunakan sengkelit (untuk memanjat).
sengkelit II
bersengkelit berasak-asak, berdesak-desak;
menyengkelit mengasak-asak (masuk), mendesak.
sengkelit III
[Jawa];
menyengkelit menyelitkan (menyisipkan) keris di belakang.
sengkenit
sejenis kutu (pada binatang), cengkenit.