papan tempat menggiling lada (rempah dan lain-lain);
anak ~ penggiling lada dan lain-lain di atas sengkalan;
seperti ~ tak sudah (peribahasa) sesuatu yang terlalu buruk rupanya.
sengkang I
1. palang daripada kayu dan lain-lain (pada pintu, penyokong tiang, kekang, dan lain-lain):
apabila ada ~-~ bangku itu yang galir atau longgar hendaklah segera diketatkan segala pasaknya;
2. [arkaik] garisan pusat (pada sesuatu bulatan);
3. = tanda ~ tanda yang menceraikan suku kata dan lain-lain, sempang;
~ bajang palang yang hujung tiap-tiap balaknya berbentuk ekor ikan;
~ merah [Indonesia] palang merah;
menyengkang
1. membubuh palang (pada pintu, tiang, dan lain-lain), menyokong dengan palang;
2. meletakkan sesuatu pada mulut dan lain-lain supaya terus ternganga (terbuka):
kelopak matanya seperti disengkang-sengkang dengan kayu agar terus celik;
bersengkang;
~ mata menahan diri daripada tidur, berjaga (tidak tidur) hingga larut malam;
tersengkang
1. terbuka sentiasa kerana disengkang (mulut dan lain-lain);
2. terletak atau terhenti melintang (pada kerongkongan dan lain-lain), menyengkang:
penuh di dalam mulutnya dengan nasi dan daging serta sekerat tulang kerbau ~ di mulutnya;
penyengkang kuda-kuda (pada biola).
sengkang II
menyengkang (berjalan, berdiri, dan lain-lain) dengan kaki terbuka, mengangkang:
duduk ~;
tersengkang terangkat sebelah (kaki).
sengkar
papan (tempat duduk) yang letaknya melintang perahu.
sengkarut
bersengkarut
1. berbelit-belit dan berjalin-jalin (akar, tali, dan lain-lain);
2. [kiasan] banyak selok-beloknya, berkait-kait, bersangkut-paut;
3. [kiasan] tidak menentu (percakapan dan lain-lain), tidak keruan, karut.
sengkawang
sejenis tumbuhan (pokok), damar laut, membatu, tengkawas ijuk, Isoptera sumtrana;
~ air = meranti ~ sejenis tumbuhan (pokok), Shorea lepidota.
sengkawas
sejenis tumbuhan (pokok), medan beluluk, taring pelanduk, tuba buah, Diospyros wallichii.
sengkayan
air yang berpusing dan terangkat ke atas (kerana dipuput angin puting beliung dan lain-lain).
sengkek
1. orang Cina totok (yang baru datang dari negeri China);
2. [kiasan] bangsat, papa, miskin.
sengkela I
sengkang kaki, belenggu, pasung;
seperti gajah dengan ~nya (peribahasa)
a) sesuatu hal yang menyusahkan;
b) orang besar-besar sekalipun ada juga mendapat kesusahan;
bersengkela dikenakan sengkela (pada kakinya), dipasung:
~ kakinya;
menyengkela mengenakan sengkela (pada kaki), memasung, membelenggu, menyengkang.