sengkang I

1. palang daripada kayu dan lain-lain (pada pintu, penyokong tiang, kekang, dan lain-lain):
apabila ada ~-~ bangku itu yang galir atau longgar hendaklah segera diketatkan segala pasaknya;

2. [arkaik] garisan pusat (pada sesuatu bulatan);

3. = tanda ~ tanda yang menceraikan suku kata dan lain-lain, sempang;
~ bajang palang yang hujung tiap-tiap balaknya berbentuk ekor ikan;
~ merah [Indonesia] palang merah;

menyengkang
1. membubuh palang (pada pintu, tiang, dan lain-lain), menyokong dengan palang;

2. meletakkan sesuatu pada mulut dan lain-lain supaya terus ternganga (terbuka):
kelopak matanya seperti disengkang-sengkang dengan kayu agar terus celik;

bersengkang;
~ mata menahan diri daripada tidur, berjaga (tidak tidur) hingga larut malam;

tersengkang
1. terbuka sentiasa kerana disengkang (mulut dan lain-lain);

2. terletak atau terhenti melintang (pada kerongkongan dan lain-lain), menyengkang:
penuh di dalam mulutnya dengan nasi dan daging serta sekerat tulang kerbau ~ di mulutnya;

penyengkang kuda-kuda (pada biola).

berkongsi