sejenis penyakit orang perempuan ketika haid (selepas bersalin dan lain-lain);
jenis-jenis:
~ bangkai, ~ bunga, ~ darah, ~ kulit, ~ lintah, ~ tanduk, dan lain-lain.
sengguk I
menyengguk
1. mengangguk, mengangguk-angguk;
2. menghantukkan (kepala dan lain-lain):
dipegangnya kepala budak itu dan disengguk-sengguknya di tanah;
tersengguk
1. terangguk:
brek menjerit dan mereka agak ~ ke muka;
2. terhantuk (ke depan);
tersengguk-sengguk terangguk-angguk (orang mengantuk dan lain-lain):
malam telah begitu tua dan ada antara kami yang sudah ~.
sengguk II
= sesengukan tersedu-sedu, tersedan-sedan.
senggulung I
sejenis binatang seperti lipan (bergulung apabila disentuh), pinang kotai bukit (Kelantan), pinang gusi (Pahang), Oniscomorpha spp..
senggulung II
alas kepala (dibuat daripada kain yang digulung, sabut, dan lain-lain) yang digunakan ketika menjunjung sesuatu;
bersenggulung memakai senggulung (ketika menjunjung);
mencencang berlandasan, melompat bersetumpu, menjunjung ~ (peribahasa) jika hendak mengerjakan sesuatu sediakanlah segalaalat dan syaratnya dahulu.
senggulung III
~ hati penyakit memulas (hati, perut).
sengiang
[Perlis] marah (kepada).
sengih
menyengih tersenyum dengan mulut terbuka sedikit (sehingga menampakkan gigi);
menyengihkan = ~ gigi membuka mulut sedikit dan menampakkan gigi:
~ gigi putihnya yang panjang-panjang;
tersengih tersenyum dengan mulut terbuka sedikit (dan menampakkan gigi):
anak-anaknya ~ kegelian melihat telatah emak mereka;
tersengih-sengih tersenyum-senyum dengan terbuka mulut dan menampakkan gigi sedikit:
Noorain ~ melihat gelagat Kamarul;
dilihatnya Azman ~ kesukaan;
sengihan
hasil perbuatan menyengih.
senging
[Kedah] herdik, pekik.