sengih.
sengir I
[Jawa] rasa (bau) seperti rasa (bau) kulit limau;
mangga ~ sejenis mangga yang baunya seperti bau limau.
sengir II
menyengir mengangkat hidung (kerana tidak suka dan lain-lain).
sengiring
sejenis ikan darat, Mystus carasius.
sengit I
1. hangit (berkenaan (dengan) bau sesuatu seperti makanan dan rambut terbakar);
2. tajam dan menusuk hidung (berkenaan (dengan) bau bahan kimia, gas dan sebagainya).
sengit II
1. keras dan menyakitkan hati (perkataan), pedas:
tidaklah adat istiadatnya sampai seburuk yang engkau katakan itu, engkau belum kenal akan dia, tuduhanmu telah ~ sahaja;
2. hebat atau hangat (perkelahian, pertempuran, perdebatan, dan lain-lain):
larut tengah malam pertempuran bertambah ~, peluru bersiung-siungan membelah kesunyian;
3. bengis (perbuatan, muka, dan lain-lain):
ia tetap menentang saran itu dengan tegas, bahkan dengan ~ dan berangnya;
menyengit menjadi sengit, menghangat, menghebat;
kesengitan perihal sengit.
sengkak I
berasa kenyang sekali, segah (perut).
sengkak II
menyengkak mengurut perut ke atas (untuk mengeluarkan angin dan lain-lain).
sengkak III
[Minangkabau];
menyengkak seram (ngeri).
sengkal
kayu palang (baluk) yang dipasang melintang perahu.