sengkuap

atap yang dipasang di rusuk atau di belakang rumah (sebagai tambahan sahaja):
malam hari, bukan tidur di lepau atau di dalam rumah, melainkan di bawah ~ atap rumah orang;
~ gantung
cetera (payung) di atas singgahsana.

sengkurat

sejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Elaeocarpaceae, sanga burung, medang, kungkurad dan parius-parius (Sabah), empedu, perdoh dan sanga (Sarawak), Elaeocarpus spp.

sengsai

sedih benar, menderita (kesusahan, kepiluan, dan lain-lain), sengsara:
sesungguhnya Marah Adil sudah ~;

sangsai

sengsam

[Minangkabau];

kesengsaman, tersengsam tercocok (dengan sesuatu), tertusuk, terkeluani.

sengsara

1. kesusahan (kesulitan dan lain-lain), penderitaan:
berbagai-bagai ~ dan kesusahan yang ditanggungnya;
azab ~
berbagai-bagai penderitaan;

2. menderita kesusahan (kesukaran dan lain-lain):
buat seorang bapa tentulah tidak suka melihatkan diri anaknya dalam keadaan hidup ~;

menyengsarakan menjadikan (menyebabkan, mendatangkan) sengsara, menganiaya, menyusahkan:
~ rakyat jelata;

kesengsaraan perihal sengsara:
ibu kandungku telah mati dalam ~.