tangga ~ sigai.
seniman
1. orang yang mempunyai bakat seni dan dapat mencipta hasil seni serta dapat memperagakan hasil seninya itu (seperti pelukis, penyair, penyanyi, dan lain-lain);
2. bintang filem (lelaki) yang telah lama melibatkan diri dalam perfileman dan telah mencapai tahap yang tertentu:
~ Mustafa Maarof;
S~ Agung seniman yang paling tinggi kedudukannya:
S~ Agung P. Ramlee;
kesenimanan hal (sifat, ciri, dan lain-lain) yang berkaitan dengan seniman.
Senin
1. [bahasa percakapan] Isnin;
2. [Indonesia] hari Isnin;
~ Kamis ki sesak nafas (seperti akan mati), mengap-ngap.
senior
1. lebih tinggi dari segi pangkat, kedudukan (dalam sesebuah organisasi), kanan;
2. lebih tua dari segi umur.
senioriti
kekananan:
prinsip ~ tidak berlaku tetapi berdasarkan prinsip kemampuan dan kecekapan.
seniwan
[arkaik] seniman.
seniwati
bintang filem (wanita).
senja
waktu matahari hampir terbenam (lebih kurang pukul 7.00 malam), ketika hampir akan malam:
~ hampir tiba, ayam dan itiknya kedengaran riuh rendah masuk ke reban;
berebut ~ [Minangkabau] hari mulai malam;
~ buta = ~ raya senja yang sudak agak larut (lebih kurang pukul 8.00 malam);
kesenjaan sudah terlalu petang (hampir benar akan malam), kepetangan.
senjah
[Kelantan];
menyenjah menarik (merentap) dengan kuat.
senjakala
waktu senja.