senonoh

tidak ~ = kurang ~ tidak patut atau tidak sopan (perkataan, perbuatan, dan lain-lain), tidak menentu (pakaian), tidak manis dipandang:
ia tidak suka aku bercampur dengan orang yang tidak ~.

senonya

sejenis tumbuhan (pokok renek), api-api hutan, delik-delik jambu, kelat batu, pantat ulat, Memecylon coeruleum.

sensagun

sejenis makanan yang dibuat daripada tepung beras yang digoreng dengan kelapa parut dan digaul dengan gula, sagun.

sensasi

1. sesuatu (kejadian, keadaan, dan lain-lain) yang menggemparkan atau yang membangkitkan perasaan (menarik perhatian ramai, menimbulkan rasa ingin tahu yang kuat, dan sebagainya):
~ dicarinya, ~ dilakukannya dan disebarkannya ke seluruh masyarakat;

2. menimbulkan kegemparan (menjolok atau membangkitkan perasaan dan lain-lain):
berita-berita itu kebanyakannya tersiar di kota Medan oleh beberapa buah majalah yang ingin menyiarkan berita-berita ~;

mensensasikan menyebabkan sesuatu perkara (keadaan, peristiwa dan sebagainya) terutama laporan akhbar menjadi sensasi:
akhbar memang gemar ~ tajuk sesuatu berita.

sensitif

1. mudah (lekas) merasai sesuatu, lekas bergerak balas (memberikan reaksi) terhadap sesuatu rangsangan, peka, mudah tersinggung (perasaan, peribadi, dan lain-lain);

2. boleh memperlihatkan perubahan yang sekecil-kecilnya (alat yang menyukat seperti jangka suhu, neraca, dan lain-lain), mudah (lekas) bergerak balas (berkenaan (dengan) alat, mesin, dan sebagainya);

kesensitifan perihal (keadaan) sensitif, kepekaan, sensitiviti:
~ pihak ibu bapa terhadap kegiatan sosial anak-anak mereka, perlulah disertai dengan iltizam yang bersungguh-sungguh.

sensitiviti

keadaan sensitif, kepekaan:
pihak pengurusan percetakan dan penerbitan mestilah mengambil kira ~ kaum-kaum yang bermastautin di negara ini;
mereka telah meletakkan segala-galanya kepada mesin dan melupakan kemampuan daya fikir dan ~ serta rangsangan seorang insan.

sensor I

alat yang dapat mengesan perubahan sinar cahaya, haba, tekanan dan sebagainya, penderia:
kipas akan hidup sebaik sahaja ~ mengesan bahang berlebihan dalam hidup enjin terutamanya ketika dalam kesesakan lalu lintas yang teruk.

sensor II

[Indonesia-Belanda] badan atau orang yang bertugas menapis atau memeriksa sesuatu yang akan disiarkan (buku, majalah, filem, dan sebagainya) untuk kepentingan umum atau kerana sesuatu sebab tertentu:
pihak Jepun mengawasi penerbitan ini dan setiap karangan yang tersiar sudah melalui ~ Jepun;

disensor ditapis atau diperiksa oleh pihak yang berkenaan (sesuatu yang akan disiarkan).