PI sejenis penyakit (kaku kaki tangan dengan tiba-tiba dan lain-lain).
sental
menyental
1. menggosok dengan kuat (supaya bersih), mengganyah:
dia sudah ~ badannya dengan sabun lebih dua kali sewaktu mandi tadi;
2. [bahasa kasar], [kiasan] makan (hingga habis);
3. [kiasan] mengambil hak orang lain (tanpa kebenaran), mencuri, mencopet:
semalam pencuri telah masuk kampung dan ~ tiga buah basikal;
menyentalkan menggosokkan keras-keras, mengganyahkan;
sentalan hasil atau tindakan menyental:
~ ini menanggalkan sel kulit yang telah mati;
penyental alat untuk menyental:
batu ~.
sentali
sejenis burung, burung tukang besi, Megalaima haemacephala indica.
sentana I
[Jawa], [sastera lama] kaum keluarga diraja (orang bangsawan).
sentana II
[Minangkabau];
kalau ~ sekiranya, seandainya.
sentana III
[Minangkabau];
bersentana [arkaik] dengan sepertinya (selayaknya, sepatutnya):
malunya timbul kerana pakaiannya yang tidak ~ itu.
sentang
1. sejenis tumbuhan (pokok), setan, setang, Melia excelsa;
2. sejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Meliaceae, limpaga (Sabah), Azadirachta excelsa.
sentap
menyentap menarik kuat-kuat (dengan tiba-tiba), meragut:
pada ketika ini Wan Jamil ~ tali lehernya;
~ nyawa mencabut nyawa, menyebabkan mati (dengan serta-merta)sentapan hasil atau tindakan menyentap:
mata terasa amat pedih kerana mengantuk, namun ~ demi ~ ikan baung pada mata kailnya menjernihkan semula mata yang layu.
sentausa
[sastera lama] sentosa.
senteng I
1. pendek atau singkat (baju, kelambu, dan lain-lain):
seperti kain pendek, tarik ke atas, singkat, tarik ke bawah , ~;
2. kekurangan (wang dan lain-lain), tidak mencukupi:
~ wang;
3. [bahasa percakapan] sudah tidak menentu lagi ingatannya, cacau;
menyentengkan
1. menjadikan senteng (pendek, singkat) sedikit, memendekkan;
2. menjadikan kurang (tidak cukup), mengurangkan;
kesentengan perihal senteng.