sensualisme

1. ajaran (fahaman) yang menganggap bahawa segala pengetahuan manusia itu didasarkan pada cerapan pancaindera;

2. keadaan sensual.

sentada I

1. sejenis tumbuhan (pokok), jati laut, Podocarpus polystachyus;

2. sejenis tumbuhan (pokok), kayu cina, Podocarpus neriifolius.

sentadu

= belalang ~ sejenis belalang berwarna hijau dan panjang kakinya, belalang kacung, cengkadak, mentadak-mentadu, Tenodera aridifolia;
ulat ~
sejenis ulat yang besar berwarna hijau.

sentak

menyentak
1. menarik kuat-kuat, merengkuh, merenggut:
disentaknya nyiur gading dari mulut ular itu dengan tangan kiri;

2. menarik dengan pantas (keris, pedang, dan lain-lain), mencabut, menyendal:
maka Terung Pipit disentaknyalah keris panjang, dilambungnya naik ke perahu;

3. menarik (mengecut, mengendur) dengan tiba-tiba:
mestilah ada sebab otot itu ~ semasa tersentuh pada tembaga atau besi;

tersentak
1. tertarik dengan kuat, terpiuh;

2. tersedar (daripada tidur, lamunan, dan lain-lain) dengan tiba-tiba, terperanjat:
laki-laki bermuka cengkung itu ~ daripada khayalannya;

sentap

sentak I

[Jawa];

menyentak kuat dan keras (suara orang marah dan lain-lain):
walaupun suaranya itu ~, tetapi saya tidak begitu terkejut;

menyentakkan menengking, mengherdik:
tiba-tiba suara bapa dalam kamar menyentakkan kami.