sentak

menyentak
1. menarik kuat-kuat, merengkuh, merenggut:
disentaknya nyiur gading dari mulut ular itu dengan tangan kiri;

2. menarik dengan pantas (keris, pedang, dan lain-lain), mencabut, menyendal:
maka Terung Pipit disentaknyalah keris panjang, dilambungnya naik ke perahu;

3. menarik (mengecut, mengendur) dengan tiba-tiba:
mestilah ada sebab otot itu ~ semasa tersentuh pada tembaga atau besi;

tersentak
1. tertarik dengan kuat, terpiuh;

2. tersedar (daripada tidur, lamunan, dan lain-lain) dengan tiba-tiba, terperanjat:
laki-laki bermuka cengkung itu ~ daripada khayalannya;

sentap

berkongsi