(Komputer) unit ukuran penghantaran simbol sesaat dalam perhubungan data bersiri, dengan satu simbol dikira sebagai satu bit, dan unit ini dikatakan mewakili satu bit per saat.
bauk
bulu yang tumbuh pada pipi di depan telinga, jambang.
bauksit
bahan bak tanah liat yang menjadi sumber utama aluminium.
baulu
= kuih ~ sejenis kuih yang dibuat daripada tepung, telur, dan gula;
~ cermai kuih baulu yang kecil-kecil berbentuk seperti buah cermai;
~ gulung baulu yang disapu jem (krim dan sebagainya) dan digulung.
baun I
batang yang terdiri daripada daun (mis rumput-rumput)
baun II
[Minangkabau] bau;
membauni membaui.
baung
sejenis ikan darat, Mystus nemurus;
~ akar sejenis ikan darat, Mystus planiceps (Macrones nigriceps);
~ baru sejenis ikan darat, Ambluceps mangois;
~ pisang sejenis ikan, Mystus nigriceps.
baur I
campur;
campur ~ campur aduk, kacau;
berbaur
1. beraduk, bercampur:
teriak penjual-penjual rokok dan surat khabar ~ kacau-balau dalam kebisingan manusia seramai itu;
2. bergaul (dengan), bercampur:
tidak patut ia dituduh menganut faham perkauman, ia ~ dengan segala bangsa;
3. berkahwin, hidup seperti suami isteri:
kami sudah 10 tahun ~;
4. mempunyai unsur, berbau, bersifat:
ceramahnya ~ politik;
~ bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam (peribahasa) orang yang bersaudara itu, kalau berdekat berbantahan, jika berjauhan sangat rindu akan yang lain;
~ pangkal perceraian (peribahasa) orang yang bersaudara itu kalau bercampur selalu timbul perselisihan;
membauri menambah sesuatu supaya bercampur, mencampuri:
ia mendengar suara laki-laki dibauri oleh suara perempuan;
penulis memberi alasan bahawa berlaku kemajuan seni bina apabila pengetahuan teknologi dibauri oleh pelbagai unsur luar yang turut mengembangkan kebudayaan Melayu;
membaurkan
1. = menyebaurkan mencampurkan, mengadukkan, mencampuradukkan:
jangan dibaurkan tepung beras dengan tepung gandum;
2. = memperbaurkan membiarkan bercampur (bergaul):
tidak baik ~ laki-laki dengan perempuan begitu rupa;
3. = memperbaurkan [kiasan] mengahwinkan:
orang tuanya hendak ~ dia dengan sepupunya;
terbaur sudah berbaur, tercampur, teraduk:
yang pahit biasanya ubat, dan di dalam manis itulah biasanya ~ racun;
bauran campuran, adukan;
perbauran
1. perihal berbaur, percampuran, pergaulan;
2. perkahwinan;
pembauran pencampuran, pengadukan.
baur II
batang dan lain-lain (yang melentik pada suatu alat), tangkai;
~ anggah = ~ kail = ~ taut tangkai kail, joran;
~ panah kayu (buluh) tempat merentangkan tali panah.
baur III
[arkaik] sejenis pedang kebesaran.