batih

[Jawa] seisi rumah, keluarga (yang terdiri daripada anak isteri dan lain-lain).

batik

= kain ~ kain yang bercorak (dilukis atau ditera dengan lilin dan dicelup);
~ cap batik yang dicap (dicetak);
~ Kelantan batik yang dibuat di Kelantan;
~ Semarang
a) batik buatan Semarang;
b) (peribahasa) janda yang lebih cantik daripada semasa gadis;
~ tulisan (suratan) batik yang ditulis (disurat) dan bukan dicap;
~ Yogya batik yang dibuat di Yogya;
umpama ~ lasam, makin dibasuh makin berbau (peribahasa) makin lama makin bertambah baik;

membatik membuat batik (dengan tangan):
usaha ~ semakin mendapat tempat yang baik di Terengganu;

batikan hasil membatik:
anak-anak perempuan itu bersarung kain panjang ~ mereka sendiri;

pembatikan
1. tempat membuat (perusahaan) batik;

2. cara membuat batik;

pembatik pengusaha (pembuat) batik.

batil I

bekas (daripada tempurung, perak, tembaga, dan lain-lain) yang berbentuk tempurung.

batil II

[Arab]

1. batal, sia-sia;

2. tidak benar;

3. palsu;

4. lawan pada hak;

kebatilan perihal tidak benar, lawan kebenaran:
hanya dengan berbuat demikian, ~ akan hapus dan kebenaran akan muncul;
berani berjuang dan berjihad untuk menegakkan kebenaran dan menentang ~.

batimetri

pengukuran kedalaman lautan untuk menentukan keadaan rupa bumi lantai lautan dan sebagainya.

batin I

1. (dalam) hati, perasaan dalam hati:
ia dukacita dalam ~nya;
di peringkat itu, ~nya bercanggah lagi;

2. (berkenaan (dengan)) jiwa:
penyakit ~;

3. tersembunyi, ghaib, tidak kelihatan:
pertalian ~;

berbatin bercakap (membaca) dalam hati;

membatinkan menyembunyikan, merahsiakan;

kebatinan
1. perihal batin;

2. = ilmu ~ ilmu batin, tasawuf.

batiniah

[Arab] bersifat kebatinan:
hidup itu akan sempurna kalau terdapat keseimbangan antara keperluan-keperluan lahiriah dan ~.