baur I

campur;
campur ~ campur aduk, kacau;

berbaur
1. beraduk, bercampur:
teriak penjual-penjual rokok dan surat khabar ~ kacau-balau dalam kebisingan manusia seramai itu;

2. bergaul (dengan), bercampur:
tidak patut ia dituduh menganut faham perkauman, ia ~ dengan segala bangsa;

3. berkahwin, hidup seperti suami isteri:
kami sudah 10 tahun ~;

4. mempunyai unsur, berbau, bersifat:
ceramahnya ~ politik;
~ bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam
(peribahasa) orang yang bersaudara itu, kalau berdekat berbantahan, jika berjauhan sangat rindu akan yang lain;
~ pangkal perceraian (peribahasa) orang yang bersaudara itu kalau bercampur selalu timbul perselisihan;

membauri menambah sesuatu supaya bercampur, mencampuri:
ia mendengar suara laki-laki dibauri oleh suara perempuan;
penulis memberi alasan bahawa berlaku kemajuan seni bina apabila pengetahuan teknologi dibauri oleh pelbagai unsur luar yang turut mengembangkan kebudayaan Melayu;

membaurkan
1. = menyebaurkan mencampurkan, mengadukkan, mencampuradukkan:
jangan dibaurkan tepung beras dengan tepung gandum;

2. = memperbaurkan membiarkan bercampur (bergaul):
tidak baik ~ laki-laki dengan perempuan begitu rupa;

3. = memperbaurkan [kiasan] mengahwinkan:
orang tuanya hendak ~ dia dengan sepupunya;

terbaur sudah berbaur, tercampur, teraduk:
yang pahit biasanya ubat, dan di dalam manis itulah biasanya ~ racun;

bauran campuran, adukan;

perbauran
1. perihal berbaur, percampuran, pergaulan;

2. perkahwinan;

pembauran pencampuran, pengadukan.

berkongsi