banteras

membanteras membasmi, menghapuskan, memerangi:
~ buta huruf;

pembanterasan perihal atau perbuatan membanteras, pembasmian;

pembanteras orang yang membanteras.

banting I

mercun ~ mercun yang berbunyi kalau dihempaskan ke tanah;

membanting
1. menghempas:
ombak ~;

2. = membantingkan menghempaskan (sesuatu):
ia balik ke rumah dan ~ diri di tempat tidurnya;

3. menjadikan bergoyang (bergoncang);
~ cucian memukulkan cucian;
~ harga [Indonesia] menurunkan harga;
~ padi memukulkan batang-batang padi pada dinding kepuk supaya padi itu terpisah dari batangnya dan terkumpul di dalam kepuk;
~ setir [Indonesia] memutar stering (motokar);
~ tulang bekerja keras (mati-matian);

membanting-banting menggoyang-goyang, menghayun-hayun:
~ kaki seraya berpantun;

terbanting [kiasan] tercampak ke bawah, terhempas:
suaranya telah bergema ke hutan-hutan bakau dan ~ di tebing-tebing sungai;

bantingan hempasan, goncangan;

pembantingan perihal membanting;

pembanting (orang, alat dan sebagainya) yang membanting:
mesin ~ padi.

bantu

guru ~ [Indonesia] guru penolong;
kata kerja ~ [Indonesia] kata kerja (seperti sudah, telah, pernah, masih, sedang, belum, akan, dan sebagainya) yang digunakan sebagai penolong kata kerja lain;

berbantu mempunyai (mendapat) bantuan:
ia hidup bersendirian dan tiada ~;

bantun I

membantun mencabut dengan akar-akarnya:
~ rambut;

membantuni mencabuti;

terbantun tercabut.

bantun II

sebantun sejenis tumbuhan (pokok), medang pupoi, meroyan (jali) batu, urat rusa, Vitex coriacea.

bantut I

terhalang atau tersekat (pekerjaan, pertumbuhan pokok, dan lain-lain), tidak dapat mencapai kejayaan (kerana terhalang dan sebagainya);

membantut,

membantuntukan menyebabkan bantut (terbantut), menyebabkan tidak dapat mencapai kejayaan atau kemajuan dengan menimbulkan halangan atau rintangan:
apa halangan yang telah ~ perniagaan mereka?;
rasuah akan ~ usaha pembangunan negara;

terbantut terhalang atau tersekat hingga tidak dapat tumbuh (berkembang, mencapai kejayaan atau kemajuan, dan lain-lain), tidak jadi, tidak selesai;

kebantutan perihal atau keadaan bantut;

pembantutan perihal atau (perbuatan) membantut(kan) atau menyebabkan terbantut.