suku bangsa campuran yang berasimilasi daripada Melayu, Jawa, Ngaju, Maayan dan Bukit, yang berasal dari Kalimantan Selatan, Indonesia.
banji
[Cina] sejenis kisi-kisi daripada kayu atau tembikar yang dipasang pada langkin.
banjir
1. keadaan air menenggelami atau menggenangi kawasan yang luas, bah, air bah:
kawasan itu sering dilanda ~; ~ kilat banjir yang berlaku dengan serta-merta atau dengan tidak disangka-sangka;
2. banyak sangat:
dalam musim menuai, ~ padi di kampung ini;
membanjir seperti banjir, datang dengan banyaknya:
orang ~ datang melihat drama itu;
membanjiri
1. menggenangi, mengempohi (sawah dan lain-lain):
dalam musim hujan, beberapa bahagian kota dibanjiri air;
2. mendatangi seperti banjir, datang banyak-banyak:
pada pertengahan tahun 1943, negeri Brunei dibanjiri oleh kuli-kuli dari Jawa;
banjiran sesuatu yang muncul (tersebar) banyak-banyak:
kerajaan Jerman juga mengeluarkan ~ propaganda kepada tiga sasaran;
kebanjiran
1. ditimpa (dilanda) banjir, tergenang air kerana banjir;
2. [kiasan] dipenuhi oleh (manusia, barang, dan lain-lain).
banjo
alat muzik bertali yang panjang lehernya, badannya seperti deram dan dipetik dengan jari atau plektrum.
bank
1. institusi yang menawarkan perkhidmatan kewangan seperti jagaan wang, pertukaran mata wang, pemberian pinjaman, dan terimaan bil pertukaran:
menyimpan wang di sebuah ~ tempatan;
2. bekalan, simpanan atau rizab untuk kegunaan pada masa depan atau apabila diperlukan:
~ data;
~ mata;
~ darah;
~ asing bank yang beroperasi di negara lain selain negara asal tempat bank tersebut diperbadankan;
~ darah tempat menyimpan darah untuk kegunaan di hospital dan sebagainya;
~ data pusat pengumpulan dan penyimpanan pelbagai sumber data;
B~ Dunia = B~ Antarabangsa untuk Pemulihan dan Pembangunan bank yang menjamin pinjaman atau memberi pinjaman kepada negara anggota (untuk pemulihan dan pembangunan ekonomi);
~ eksport-import bank yang memberi atau menjamin pinjaman untuk perdagangan antara negeri sendiri dengan negeri-negeri lain;
~ Islam bank yang urus niaga kewangan dan pengagihan dananya berdasarkan syariat Islam;
~ jurubank bank yang berperanan sebagai jurubank kepada sekumpulan bank lain di sesebuah kawasan;
~ kerajaan bank yang menjalankan tugasnya mengikut undang-undang negeri-negeri di Amerika Syarikat;
~ konsortium sekumpulan bank yang bergabung untuk memberikan pinjaman jangka sederhana dalam jumlah yang besar, biasanya bagi keperluan pelanggan antarabangsa;
~ koperasi bank yang dimiliki oleh ahli, yang menerima deposit, menawarkan khidmat pinjaman dan membayar faedah kepada ahli tersebut;
~ luar pesisir bank asing yang beroperasi di sesebuah negara dengan menikmati pengecualian cukai daripada negara berkenaan, misalnya bank luar pesisir di Labuan;
~ mata pusat simpanan kornea dan selaput tetuban untuk tujuan pemindahan kornea mata;
~ negara = ~ pusat bank yang mengawasi perjalanan ekonomi negara dengan cara mengawal pergerakan bank-bank perdagangan (import-eksport wang dan lain-lain) dan menyimpan wang kerajaan serta bank-bank lain;
~ pembangunan bank yang menguruskan dana kerajaan dan badan berkanun untuk diberikan pinjaman kepada pelbagai sektor penting bagi menjana pembangunan negara;
~ perdagangan bank yang menyimpan wang orang ramai dan lain-lain serta memberi pinjaman dengan mengenakan bayaran faedah;
~ pertanian bank yang ditubuhkan khusus untuk membantu para petani mendapatkan bantuan kewangan untuk memulakan atau menjalankan kegiatan atau perusahaan pertanian;
~ saudagar bank yang memberi perkhidmatan (seperti memberi pinjaman dan sebagainya) kepada badan dan perniagaan sahaja;
~ simpanan bank yang menerima deposit dan membayar faedah terhadap simpanan;
perbankan aktiviti yang berkaitan dengan bank atau urus niaga bank:
sistem ~ Islam.
bankrap
(berada dalam keadaan) tidak berupaya hendak menyelesaikan hutang, muflis:
syarikat itu ~ akibat kerugian besar yang dialaminya;
membankrapkan menyebabkan (menjadikan) bankrap, menyebabkan menjadi bankrap (atau muflis);
kebankrapan keadaan atau kejadian bankrap, kemuflisan:
kesannya terhadap sektor pengilangan berasaskan eksport sangat teruk, menyebabkan ~ dan pengangguran.
bankuet
jamuan besar penuh istiadat untuk ramai orang, biasanya untuk menghormati seseorang.
banta
(Acheh) [Perak];
anak ~ anak Sultan Perak yang ditempatkan pada sesuatu keluarga untuk diasuh.
bantah
perkelahian, pertengkaran;
~-bentah = ~-bentuh bermacam-macam pertengkaran;
berbantah berkelahi, bertengkar (mulut);
berbantah-bantah berselisihan:
jika kamu ~ dalam sesuatu perkara, hendaklah kamu mengembalikannya kepada al-Quran dan Sunah;
membantah menentang, melawan (pendapat):
dia tidak ~, hanya air matanya yang menitik;
membantahi tidak membenarkan (sesuatu), menyanggah:
kerajaan negara-negara Balkan ~ amalan-amalan perdagangan yang tertentu;
membantahkan, memperbantahkan berbantah tentang sesuatu, memperdebatkan:
apa yang kita perbantahkan, kita lihat sekarang siapa mati dan siapa hidup;
terbantahkan dapat dibantah:
prinsip yang tidak ~;
bantahan
1. sanggahan, sangkalan:
kalau tidak ada ~, tentu benar tuduhannya;
2. suka membantah:
~ sekali anak ini;
perbantahan pertengkaran, perdebatan:
pada suatu malam, terjadilah ~ antara kedua-dua pemuda itu tentang hak milik pusaka;
pembantahan perihal membantah(i) atau membantahkan, penyangkalan;
pembantah
1. orang yang membantah;
2. suka membantah.