banuk

sejenis tumbuhan (pokok memanjat), akar batu pelir kambing, Sarcolobus globosus;
akar ~
sejenis tumbuhan (pokok menumpang), akar kul, akar bani, Dischidia rafflesiana; akar ~ jantan sejenis tumbuhan (pokok memanjat), Cynanchum ovalifolium.

banyak

1. bukan sedikit, tidak sedikit:
~ orang yang mempunyai cita-cita tinggi;

2. bilangan, jumlah:
berapa ~ wang yang kauterima?

3. sangat, sungguh:
~ lagak;
~ aksi
membuat-buat supaya nampak elok;
~ bicara = ~ cakap = ~ mulut suka berleter;
~ cantik [kata seru] ungkapan untuk menyatakan kemarahan, atau digunakan sebagai gurauan dan lain-lain;
~ lemak
a) mempunyai atau diselaputi lemak yang banyak (berkenaan (dengan) bahagian tubuh):
alat itu digerakkan di bahagian yang ~ lemak selama kira-kira 15 minit;

b) [kiasan] berkelakuan yang keterlaluan atau terlalu manja sehingga mengakibatkan orang lain meluat (berkenaan (dengan) perilaku seseorang):
Sekarang kau dah ~ lemak.;
~ sedikitnya
a) jumlahnya, banyaknya;
b) barang sedikit;

sebanyak sama banyak:
tidak ada wangku ~ itu;
sedikit ~
sekurang-kurangnya;

banyak-banyak
1. dalam jumlah yang banyak:
pagi-pagi buta dia akan pergi ke pasar membeli sayur ~;

2. sungguh-sungguh, amat sangat:
terima kasih ~;

sebanyak-banyaknya sebanyak mungkin:
~ dapat diberi hanyalah sepuluh ringgit;

berbanyak-banyak beramai-ramai, bersama-sama dalam bilangan yang banyak:
mereka menyerbu ~;

membanyaki
1. memperbanyaki;

2. menyerang (mengerjakan, mendatangi dan sebagainya) beramai-ramai, memperamaikan;

memperbanyaki menjadikan banyak, menambah agar menjadi banyak:
~ ahli agar parti menjadi kuat;

membanyakkan
1. menjadikan banyak, membuat (supaya) menjadi banyak, menambah banyak:
dia meminta supaya kerajaan ~ lagi bantuan kepada sekolah-sekolah Melayu;

2. = memperbanyakkan mendarabkan, mengalikan, menggandakan:
~ 25 dengan 4;

memperbanyak menjadikan lebih banyak, membuat supaya menjadi lebih banyak;

terbanyak paling banyak, terlampau banyak:
parti itu mempunyai suara yang ~ dalam parlimen;

banyakan [Jakarta] barangkali, mungkin sekali;

kebanyakan
1. jumlahnya, banyaknya:
bukan ~ tetapi nilainya yang penting;

2. sebahagian besar, yang terbanyak:
kerajaan mendapat sokongan daripada ~ ahli parlimen;

3. biasa:
dia bukan kuli ~, tetapi seorang yang mempunyai cita-cita tinggi;
orang ~
orang biasa;

4. biasanya, amnya:
Raja Haji Yahya telah mencatatkan cerita rakyat Melayu yang ~nya kita istilahkan sebagai cerita-cerita pelipur lara;

5. [Jakarta] sangat banyak, terlampau banyak;

perbanyakan pergandaan, perkalian;
melakukan ~ mendarab;

pembanyakan perihal (perbuatan, tindakan dan sebagainya) membanyakkan:
salah satu syor yang terkandung dalam penyata itu ialah ~ sekolah pertukangan.

banyol

[Jakarta]

1. jenaka, lawak;

2. = banyolan tukang lawak;

membanyol berjenaka, berlawak.

banyu

cairan yang dibuat daripada air nyiur dan bakaran besi tua atau arang tempurung (untuk menghitamkan gigi atau mencelup kain);
~ lebah [sastera lama] air madu.

bapa

1. ayah;
ibu ~ orang tua;

2. saudara laki-laki ibu atau bapa:
~ ngah;

3. panggilan kepada orang tua sebagai tanda hormat kepadanya;

4. perintis jalan, pelopor:
Dato’ Onn dapat dianggap ~ kemerdekaan Malaya;

5. [Indonesia] orang yang dipandang sebagai orang tua (seperti guru, ketua kampung, dan sebagainya);
~ angkat orang yang tidak ada pertalian darah tetapi dianggap sebagai bapa sendiri;
~ ayam
a) ayam jantan;
b) bapa yang tidak mempedulikan anaknya;
c) lelaki yang memperdagangkan pelacur;
~ balar [Terengganu] kerbau jantan yang balar;
~ besar datuk;
~ cik
a) adik laki-laki bapa atau emak;
b) panggilan anak-anak kepada orang laki-laki dewasa;
~ kecil = ~ muda bapa cik;
~ Suci Paus (di Rom);
~ saudara abang atau adik lelaki kepada ibu atau bapa;
~ tiri suami emak (bukan bapa kandung);
~ tunggal lelaki bergelar ayah yang membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa kehadiran isteri kerana perceraian, kematian dan sebagainya;

sebapa mempunyai bapa yang sama (tetapi berlainan emak), seayah;

berbapa
1. mempunyai bapa, berayah:
sejak kecil lagi dia sudah tidak ~;

2. menganggap seseorang sebagai bapa, berayah;

3. menyebut bapa;

berbapakan mempunyai seseorang (yang berbangsa, berpekerjaan, bersifat, dan sebagainya yang dinyatakan) sebagai bapa, berayahkan:
~ seorang Inggeris;
~ seorang polis;
~ seorang yang pembengis;

kebapaan sifat sebagai bapa, keayahan:
dia menunjukkan sifat-sifat ~ yang tulen.